Menikmati hidangan haruslah mengikut tertibnya. Ia adalah rezeki kurniaan ILAHI dan perlu dihormati sebagai lambang keperibadian insan. Tidak perlu tergopoh-gapah. Duduk dalam keadaan yang sopan. Mulakan dan akhiri dengan membaca doa iaitu :
Doa sebelum makan
"Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum dan menjadikan kami muslim"
(Hadis riwayat Abu Daud, At-Tarmizi, Nasa'i dan Ibn Majah)
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.
"Kalau seseorang di antara kamu makan, maka makanlah dengan tangan kananmu, kalau minum, maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, sebab sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya."
(Hadis riwayat Muslim)