Isnin, 18 Jun 2012

Sakit Belakang Kerana Hamil

Apa Puncanya?

Pinggang bahagian punggung akan menjadi lebih lembut dengan terhasilnya hormon kehamilan. Jika anda tidak hamil, kesakitan yang berlaku mungkin disebabkan oleh otot-otot yang tertekan. Bahagian belakang biasanya disokong oleh otot-otot yang besar. Lebih bebanan disebabkan oleh berat badan yang bertambah.

2. Tekanan terhadap saraf sciatic
Saraf sciatic, iaitu saraf terbesar dalam tubuh manusia bercabang-cabang ke seluruh bahagian bawah tubuh dan kaki. Ia terjadi apabila 'spinal disc' menjadi retak sedikit atau terbuka. Keadaan ini membolehkan tisu lembut di dalamnya yang biasa dipenuhi cecair akibat kehamilan, terkeluar. Tisu dipenuhi air ini terhimpit oleh bahagian bawah tulang belakang. Oleh sebab saraf sciatic ini menjalar hingga ke kaki, juga akan terasa hingga ke kaki.


1. Periksa tempat tidur anda
Tilam atau katil anda mungkin tidak rata untuk menampung 'posture' tubuh dan menyokong tulang. Tempat tidur yang baik ialah yang mendatar dengan tilam nipis yang lembut.

2. Pastikan peredaran darah lancar
Lakukan senaman yang sesuai untuk bahagian berkenaan. Redakan kesakitan dengan menyapu minyak angin dan tuam dengan air panas. Ia akan melancarkan peredaran darah.

3. Dapatkan nasihat doktor
Dapatkan nasihat doktor jika sakit yang dialami bertambah teruk.


Senaman ringan dan regangan boleh membantu melegakan dan mengelakkan sakit tulang belakang. Berjalan-jalan, berenang dan senaman regangan akan menguatkan belakang anda. Ia juga mengawal berat badan dari naik secara berlebihan.

1. Cara berdiri
Berdiri tegak dan tetapkan kedudukan tapak kaki. Jika terpaksa berdiri lama, angkat sebelah kaki beberapa saat dan turunkan semula perlahan-lahan. Lakukan gerakan ini selama satu minit. Apabila handak mengalihkan kaki, angkat kaki perlahan-lahan. Bergerak ke depan dan ke belakang untuk mengelakkan kaki kejang.

2. Cara duduk
Sama ada duduk di kerusi atau di lantai, pastikan kedudukan tulang belakang tegak dengan sempurna. Malah untuk melegakan tulang belakang yang lenguh kerana terpaksa duduk di kerusi pejabat sepanjang masa, tundukkan kepala sambil menarik nafas panjang. Lakukan selama dua minit setiap dua jam.

Cara Elak Sakit Belakang

1. Perhatikan berat badan anda. Ia mestilah tidak melebihi 10 peratus berat ideal mengikut ukuran tinggi dan posture tubuh. Berat badan berlebihan memberi tekanan kepada bahagian belakang anda.

2. Jika memandu kenderaan, pastikan belakang anda bersandar dengan selesa. Jika berjalan jauh, berhentilah untuk berehat selama beberapa minit bagi meluruskan pinggang dan kaki.

3. Jangan angkat beban berat dari lantai dengan posisi yang salah. Jangan membongkok, sebaliknya membengkokkan sedikit lutut. Jangan angkat barang yang terlalu berat dan di luar kemampuan.

4. Elakkan memakai kasut tumit melebihi dua inci. Lebih rendah lebih baik.

5. Gunakan bangku untuk mencapai barang yang diletakkan di tempat tinggi. Semakin anda cuba meninggikan tubuh, semakin berat beban badan yang terpaksa ditanggung.

6. Di pejabat pastikan kerusi mempunyai penyandar yang mampu menyokong tubuh anda.