Memaparkan catatan dengan label Petua Kejayaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Kejayaan. Papar semua catatan

Isnin, 9 Disember 2013

Cara Terima Bayaran - Terima bayaran kad kredit

6 Safar 1435

Oleh : Irfan Khairi

Ramai yang ingin tahu bagaimana caranya menerima bayaran berbentuk kad kredit daripada pelanggan. Apabila menjalankan perniagaan di internet, menyediakan kemudahan pembayaran melalui kad kredit adalah amat penting oleh kerana ia memudahkan pelanggan membuat bayaran terus secara online.
     Untuk menyediakan kemudahan terima bayaran mengguna kad kredit, caranya tidak begitu susah, dan juga tidak mahal. Dengan menggunakan perkhidmatan 'Merchant Account' online seperti PayPal.com, RBSWorldPay.com atau iPay88.com, anda boleh menerima bayaran kad kredit pelanggan anda.
     Merchant account boleh diibaratkan seperti 'orang tengah' dalam menerima bayaran kad kredit kepada merchant account bertanggungjawab menyalurkan pembayaran tersebut ke akaun bank anda. Seringkali, merchant account akan mengambil sedikit % (3% - 5%) harga produk yang anda niagakan, sebagai bayaran perkhidmatan mereka.
     Saya cadangkan anda menggunakan PayPal.com sebagai permulaan oleh kerana PayPal tidak mempunyai bayaran/yuran pendaftaran. Merchant account seperti RBSWorldPay.com dan iPay88.com mengenakan yuran pendaftaran, dan ada juga merchant account yang mengenakan yuran bulanan. PayPal.com juga merupakan syarikat yang bereputasi tinggi dalam menyediakan perkhidmatan merchant account kepada usahawan internet serata dunia termasuk Malaysia.
     Untuk mendaftar akaun PayPal.com anda, lawati http://www.PayPal.com dan baca maklumat yang diberikan untuk kefahaman yang lebih mendalam. Sekiranya perniagaan anda mensasarkan pelanggan luar negara, pastikan anda mempunyai merchant account seperti PayPal.com kerana pelanggan luar sering melakukan pembayaran menggunakan Kad Kredit. Tak lupa juga sebahagian daripada pelanggan dalam Malaysia juga lebih cenderung melakukan bayaran menggunakan kad kredit.

Isnin, 2 Disember 2013

Cara Terima Bayaran - Pelanggan Bank-In

28 Muharram 1435

Oleh : Irfan Khairi

Cara paling mudah untuk menerima bayaran daripada pelanggan anda adalah menerima bayaran melalui bank-in. Anda hanya perlu memberi maklumat perbankan anda untuk pelanggan melakukan bayaran bagi produk atau perkhidmatan yang anda niagakan di Internet. Mereka boleh melakukan pembayaran melalui mesin ATM bank anda ataupun di kaunter bank terus ke akaun bank anda.
     Dengan kemudahan perbankan internet kini, pembayaran menjadi semakin mudah. Pelanggan juga tidak perlu pergi ke bank untuk melakukan bayaran. Mereka boleh terus membuat bayaran (fund transfer) melalui internet bank mereka seperti Maybank2U atau CIMB Clicks, ke bank anda (tidak kira bank apa pun).
     Cara bank-in adalah mudah dan selamat untuk anda menerima bayaran dari pelanggan tempatan. Apabila pelanggan anda telah membuat pembayaran, minta mereka SMS atau email pada anda nombor transaksi pembayaran atau bukti pembayaran yang telah dilakukan. Dengan maklumat ini, anda boleh merujuk akaun anda sama ada pembayaran telah dijelaskan ataupun belum.
     Sekiranya pembayaran telah dijelaskan, maka, transaksi telah berlaku dan anda perlu melakukan penghantaran produk anda atau menjalankan perkhidmatan anda untuk pelanggan tersebut. Cara meminta pelanggan anda bank-in pembayaran adalah cara mudah dan efektif untuk pelanggan tempatan.

Isnin, 25 November 2013

5 Tip Motivasi 'kerjaya & perniagaan' oleh Irfan Khairi

1) Selalu lakukan lebih daripada apa yang dibayar/diupah. Contoh, kalau pendapatan kita RM3K sebulan, buat kerja seperti pendapatan kita RM4K sebulan. Kalau projek client RM10K, buat seperti kita dibayar RM13K. Tak kira dalam perniagaan atau karier, bila kita lakukan lebih, pastinya kita akan dapat lebih akan datang!

2) Sekiranya kita tidak mencari ilmu-ilmu baru, kita mungkin tidak akan jumpa jalan untuk mencapai kejayaan masa hadapan. Dengan ilmu yang kita sedia ada, sekiranya masih tidak mencapai kejayaan yang dinginkan, bererti kita perlu kemaskini diri kita dengan ilmu baru yang mungkin boleh membawa kepada kejayaan yang kita idamkan!

3) Kalau kita mempunyai satu kebolehan, tetapi orang-orang lain tidak pandai komunikasi untuk ketengahkan kebolehan itu, maka kita yang rugi. Skill promosi diri dan komunikasi adalah amat penting tak kira dalam perniagaan atau karier!

4) Sekiranya kita ada idea, tetapi orang-orang lain tidak nampak kehebatan idea tersebut, bukan bermakna idea kita tu tak bagus, cuma, orang tak nampak apa yang kita nampak. Yakin dengan diri sendiri, percaya dengan diri kita terlebih dahulu sebelum percaya orang lain. Kejayaan cemerlang seringkali bermula dengan idea yang orang lain tak nampak.

5) Kurangkan stress. Stress merupakan punca kepada banyak penyakit! SITUASI tidak mengakibatkan stress - contoh, terkandas dalam traffic jam, ada orang yang stress, ada orang yang rilex je.. Apa yang mengakibatkan stress adalah RESPOND kita kepada sesuatu situasi. Banyak-banyak bersabar, bersabar kan separuh dari iman!




- Sumber dari rahsiainternet.com -

Rabu, 20 November 2013

Memiliki Laman Web Sendiri

16 Muharram 1435

Oleh : Irfan Khairi

Cara yang lebih profesional menjalankan perniagaan di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Memiliki laman web sendiri adalah langkah utama dalam menjalankan perniagaan Internet.
     Tak kira apa sahaja yang anda niagakan, sama ada produk, perkhidmatan atau informasi, laman web merupakan "kedai anda" anda di Internet. Ketika ini, untuk memiliki laman web, kosnya adalah amat rendah.
     Seperti sekiranya anda mempunyai kedai di sesuatu kawasan perumahan, anda perlu membayar sewa bulanan untuk mengendalikan kedai tersebut. Di Internet juga, anda perlu membayar 'sewa'. Sewa menjalankan perniagaan di Internet dengan laman web anda sendiri adalah agak murah, iaitu dalam lingkungan RM100-RM200 (harga anggaran ketika artikel ini ditulis) setahun sahaja kepada syarikat Web Hosting. Ya, setahun... bukan sebulan!
     Dan lebih menariknya, kedai anda bukan sahaja buka untuk sesuatu kawasan perumahan sahaja, tetapi ianya dibuka dan boleh mendapat pelanggan di serata dunia! Berikut adalah sedikit antara contoh laman web yang diusahakan oleh usahawan Internet tempatan, peserta-peserta seminar saya (banyak lagi boleh diberi) :
www.halalgelatin.com - menjual gelatin halal ke seluruh dunia!
www.nazira.biz - menjual muffin kepada pelanggan Malaysia dan Asia Tenggara!
www.muffinsmonster.com - menjual muffin kepada pelanggan-pelanggan Malaysia!
     Terdapat dua pilihan untuk memiliki laman web anda sendiri:
1. Belajar membina laman web sendiri (DIY)
Bagi yang berminat, terdapat kelas-kelas belajar membina laman web dijalankan. Kaedah membina laman web juga diajar di seminar yang saya kendalikan. Membina laman web sendiri tidak lagi susah seperti 10 tahun lalu, oleh kerana, kini terdapat perisian/software yang memudahkan kita membina laman web. Dalam kata lain, sekiranya anda pandai menggunakan perisian seperti Microsoft Word, anda sudah boleh membina laman web asas! Untuk membina laman web, perisian seperti NVU, Dreamweaver atau Frontpage boleh digunakan.
2. Upah orang lain membinakan laman web
Tidak semestinya anda membina laman web anda sendiri. Anda boleh juga mengupah orang membina laman web untuk anda. Seperti memiliki kedai, bukan anda yang bertukang untuk membina atau 'renovate' kedai tersebut, tetapi anda mengupah orang melakukan kerja-kerja tersebut. Sama seperti memulakan perniagaan Internet, tidak semestinya anda membina laman web (kedai) anda sendiri. Anda boleh mengupah sahaja orang lain yang lebih mahir membinanya untuk anda. Untuk membina laman web asas juga tidak memakan belanja yang tinggi, dalam lingkungan RM200-RM300 sahaja, anda boleh memiliki laman anda sendiri.




- Sumber dari rahsiainternet.com -

Rabu, 13 November 2013

Berniaga melalui Facebook

9 Muharram 1435

Oleh : Irfan Khairi

Anda tentu mempunyai akaun Facebook. Kita gunakan Facebook untuk berhubung dengan kenalan atau keluarga kita. Selain daripada blog, Facebook juga merupakan sejenis laman web yang boleh menjadi platform perniagaan anda. Tidak kira sama ada menjual produk, perkhidmatan atau informasi, Facebook boleh digunakan untuk mempromosikan perniagaan anda.
    TETAPI ! Berhati-hati kerana RAMAI yang mempromosikan perniagaan mereka secara salah di Facebook. Mungkin anda pernah kena TAG gambar anda dengan promosi perniagaan orang lain bukan ? Ataupun mungkin ada mendapat message PROMOSI dari seseorang yang anda tidak kenal mengenai perniagaan mereka ?
     Adakah anda suka apabila ini terjadi? Rata-ratanya ramai yang tidak suka apabila dilimpahi cara promosi sebegini. Ianya dikenali sebagai SPAMMING. Spamming Facebook bermaksud, mempromosikan sesuatu perniagaan membuta tuli kepada sesiapa sahaja di Facebook.
     JANGAN lakukan ini oleh kerana seperti anda, orang lain juga turut tidak suka perbuatan sebegini. Ianya hanya menjatuhkan kredibiliti sesuatu perniagaan sekiranya melakukan spamming. Jadi, apakah caranya promosi di facebook?
     Caranya adalah dengan membina jaringan dan membina kredibiliti. Jangan anggap Facebook sebagai tempat promosi perniagaan anda, tetapi anggapnya sebagai tempat membina jaringan dan kepercayaan antara anda dan bakal-bakal pelanggan anda. Perbanyakkan kongsi maklumat-maklumat yang berguna berkenaan industri anda. Contoh, sekiranya anda menjual tudung, gambar-gambar artis kegemaran anda yang mengenakan fesyen tudung, atau klip-klip video yang berkaitan sehingga video klip Maher Zain pun boleh! Bila banyak berkongsi maklumat, keyakinan dan kredibiliti dapat dibina, dan di sini, sekali sekala, baru promosikan dan beri sesuatu diskaun untuk tudung yang dijual.
     Kemudian, kongsikan lebih banyak maklumat semula ! Dengan melakukan cara ini, lebih ramai akan menyertai Facebook anda dan mereka akan sukakan anda sebagai seorang usahawan! Promosi dibolehkan melalui Facebook, tetapi, jangan lakukan promosi membuta tuli sehingga orang tidak gemar kaedah anda. Lakukan 'soft selling' dengan cara banyak berkongsikan maklumat, dan hanya sekali-sekala kongsikan mengenai perniagaan anda. Tidak kira apa sahaja yang jual, kongsikan banyak maklumat dan lebihkan maklumat, lebih ramai yang akan menyertai Facebook anda dengan pantas. Dan ini merupakan prospek-prospek perniagaan anda! Melalui Facebook, anda perlu membina jenama anda sebegini untuk menjamin kejayaan perniagaan anda jangka panjang.




- Sumber dari rahsiainternet.com -

Isnin, 11 November 2013

7 Prinsip Utama Menjalankan Perniagaan

7 Muharram 1435

Oleh : Irfan Khairi

Salam sejahtera dan salam tahun baru 1435H. Semoga tahun baru ini memberikan satu harapan dan nilai yang lebih sempurna khususnya dalam kehidupan dan perniagaan.
     Bercakap mengenai perniagaan, ramai usahawan yang terkandas ditengah jalan. Namun ramai juga usahawan yang Berjaya dalam perniagaan masing-masing. Sempena dengan tahun baru ini saya ingin berkongsikan sedikit tips yang diperolehi daripada pembacaan saya yang lepas mengenai KEJAYAAN dalam PERNIAGAAN yang sempat saya senaraikan.
     Untuk berjaya dalam perniagaan, ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan. Paling utama, usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan tertentu mengenai perniagaan yang diusahakan serta kemahiran dalam aspek pengurusan. Pada masa yang sama, usahawan bukan sahaja perlu melakukan perkara tertentu untuk berjaya, tetapi juga perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara tertentu bagi mengurangkan risiko kegagalan.
     Antara punca kegagalan UTAMA dalam perniagaan adalah konsep yang salah. Kebanyakan usahawan terlalu memandang mengenai apa yang dilakukan oleh orang lain dan cuba menjadi seperti mereka dengan mengikuti langkah mereka. Ada yang bermula dengan susah, ada yang bermula senang, ada yang bermula dengan kosong. Untuk menceburi bidang keusahawanan adalah penting membuat persediaan dan mengetahui mengenai tindakan yang perlu dielakkan dalam perniagaan supaya dapat membantu mengurangkan risiko kegagalan kepada usahawan.
PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.
KEDUA, usahawan perlu mengelakkan  melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, di mana mereka menggunakan aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.
KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalan perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama di mana peniaga dilarang menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.
KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada sikap tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".
KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu, pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.
KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap malumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat  yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.
KETUJUH dan terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.




- Sumber dari rahsia.internet.com -

Khamis, 7 November 2013

5 Tip Motivasi Tahun Baru

3 Muharram 1435

Oleh : Irfan Khairi

1 Sekiranya kita telah berusaha, tetapi matlamat kita tak tercapai juga, hanya 2 perkara penyebabnya - sama ada matlamat kita terlalu besar, atau jangka masa kita berikan terlalu singkat. Oleh itu, kecilkan sedikit matlamat atau panjangkan sedikit jangkamasa untuk pulihkan masalah ini tahun hadapan !

2 Ada berbagai-bagai kategori matlamat iaitu, keluarga, peribadi, fizikal, kesihatan, mental, intelek, pendidikan, pembangunan diri, karier, kewangan, material dan spiritual. Anda perlu ada matlamat untuk setiap kategori. Silapnya, ramai orang hanya mempunyai matlamat dalam 1 kategori sahaja - iaitu kewangan ! Tahun 1435H, pastikan anda punyai matlamat dalam setiap kategori di atas.

3 Semua orang mempunyai perasaan 'takut' kepada kegagalan. Mereka yang berjaya juga punyai perasaan 'takut gagal' - saya pun ada. Apa yang membezakan adalah, mereka yang berjaya walaupun punyai perasaan 'takut gagal', tetapi tetap lakukan juga.

4 Fikirkan waktu-waktu yang pernah kita "in the zone", mungkin satu ketika dulu kita berjaya dalam sesuatu, atau capai sesuatu yang membanggakan, atau capai salah satu matlamat besar kita. Gunakan waktu tersebut sebagai satu trigger/picu untuk capai kejayaan yang baru akan datang. Always letakkan fikiran kita "in the zone" !

5 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Nak berdaya, memang susah. Tetapi, untuk berDALIH, memang MUDAH. Orang yang berjaya akan melakukan perkara-perkara yang susah. Orang yang tak berdaya akan pilih yang mudah. So, kita pilih yang susah ok?

Semoga membantu anda!




- Sumber dari rahsiainternet.com -

Rabu, 6 November 2013

Nilai Dan Etiqa Yang Perlu Ada Pada Seorang Usahawan

2 Muharram 1435

Oleh : Irfan Khairi

Nilai dilihat sebagai kepercayaan yang mendorong Usahawan untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Manakala Etiqa pula adalah tanggungjawab dan akibat tingkahlaku usahawan terhadap masyarakat. Seseorang Usahawan berkewajipan memahami tanggungjawan terhadap peranan dan perilaku sebagai usahawan.
     Sebagai seorang usahawan, nilai-nilai asas perlu ada pada diri individu. Antara nilai-nilai yang tergolong dalam kelopok ini ialah amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih, sederhana dan tekun.
     Secara spesifik, bagaimana usahawan perlu mempunyai nilai dan etika dalam perniagaan? Sebagai usahawan kita boleh mengamalkan nilai dan etika seperti di bawah;
1. Berazam meninggikan mutu perniagaan.
2. Berniaga dengan penuh tanggungjawab
3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
4. Berniaga  dengan penuh muhibbah dan kemesraan
5. Berniaga ke arah memajukan diri dan masyarakat
6. Bekerjasama dalam meningkatkan jaringan perniagaan
7. Berpegang teguh kepada ajaran dan amalan agama
     Jadi anda bagaimana? Tahun nanti nanti marilah kita sama-sama berazam untuk meningkatkan lagi nilai dan etika sebagai usahawan yang terbaik.




- Sumber dari rahsiainternet.com -

Isnin, 4 November 2013

Ketahui sama ada anda mampu menjadi USAHAWAN !

30 Zulhijjah 1434

Oleh : Irfan Khairi

Esok tahun baru hijrah akan muncul. Mesti ada sesuatu yang baru yang telah kita tetapkan untuk kehidupan kita.
Adakah dalam list anda yang anda terfikir untuk menjalankan PERNIAGAAN ?!
Sekiranya jawapan anda 'Ya', anda berada di landasan yang tepat. Banyak yang perlu anda fikirkan sebelum memulakan perniagaan ini. Untuk berjaya dalam perniagaan, kita perlukan tanggungjawab keinginan dan kemahuan yang tinggi.
     Langkah yang pertama, periksa hati anda. Adakah anda dah bersedia untuk memulakan perniagaan ini? Dan bukannya atas idea, arahan atau paksaan dari orang lain. Pastikan ianya mestilah dari hati sendiri.
     Tiga persoalan yang perlu anda fikirkan sebelum perniagaan kecil-kecilan:
1. Adakah anda ingin menjalankan perniagaan ini sendiri? Membuat semua keputusan dan bertanggungjawab sepenuhnya  atas perniagaan ini?
2. Adakah anda sanggup bekerja keras dan berkorban untuk segala keperluan diawal perniagaan ini?
3. Adakah anda mempunyai keyakinan diri dan disiplin diri? Di mana ia akan membuat anda bersungguh-sungguh dalam membina perniagaan sehingga berjaya.
Sekiranya anda menjawab 'TIDAK' pada semua soalan di atas, ini bermakna anda belum bersedia untuk membuat atau memulakan perniagaan. Dan sekiranya anda memberi jawapan positif pada soalan-soalan tersebut, ini bermakna anda telah bersedia untuk berfikir dengan serius bagi memulakan perniagaan.
     Ada beberapa sifat dan sikap yang membuat seseorang itu sesuai untuk menjalankan perniagaan ini yang berjaya berbanding dengan orang lain;
1. Ketekunan, kegigihan dan ketabahan yang ada pada diri kita
2. Keinginan yang kuat
3. Kemahuan untuk mengambil inisiatif
4. Bersifat bersaingan
5. Percaya pada diri sendiri
6. Kekuatan yang kuat untuk berjaya
7. Keyakinan diri
8. Kesihatan yang baik
     Ikutilah nasihat yang diberikan oleh Warren Buffet, DUIT bukan segala-galanya. Untuk mendapat KEKAYAAN adalah hasil kepercayaan pada DIRI SENDIRI dan cipta kejayaan. DUIT diperlukan, bukan yang UTAMA dan jika meletakkan DUIT pada tempat yang pertama kita akan dibelenggu oleh masalah. Berikut adalah pesanan daripada Warren Buffet (orang ketiga terkaya di dunia);
Stay away from credit cards and bank loans and invest in yourself. REMEMBER:
1. Money does not create man BUT it is the man who create money
2. Live your life as simple as you are
3. Don't do what other people say, just listen to them, but do what you feel good.
- Warren Buffet




- Sumber dari rahsiainternet.com -

Rabu, 30 Oktober 2013

Masalah Perfectionist dalam perniagaan

25 Zulhijjah 1434

Oleh : Irfan Khairi

Kai   Zen
改善
Change Good

Ketika menulis artikel ini, saya berada di Tokyo, Japan. Sambil bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah, sambil urusan perniagaan. Satu perkara yang saya perasan di sini, adalah orang-orang sini amat rajin dan komited apabila apabila bekerja. Konsep yang dipegang oleh masyarakat Jepun adalah 'Kaizen'. Yang bererti berubah ke arah kebaikan.
     Hadis Rasulullah juga telah menyebut tentang ini sejak dulu lagi untuk kita jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Sekiranya kita boleh memberi komitmen kepada konsep menjadikan hari ini lebih baik dari semalam, pastinya kita akan mencapai kecemerlangan tidak kira apa sahaja sama ada pencapaian peribadi, kerjaya atau perniagaan.
     Mungkin anda mengenali seorang yang "perfectionist" atau "mahukan kesempurnaan", iaitu, kalau nak melakukan apa-apa, perlu lakukannya 100% perfect. Mungkin juga anda adalah seorang perfectionist.
     Masalahnya dengan perfectionist adalah, ianya akan mengambil masa yang lama untuk melakukan sesuatu, mungkin juga tak mulakan langsung. Kerana ingin menjadikannya 100% sempurna. All perfect.
     Tidak salahnya menjadi perfectionist sekiranya terbukti ia telah banyak membantu anda. Tetapi, sekiranya menjadi seorang perfectionist hanya melewat-lewatkan sesuatu kerja, atau langsung tidak mulakan sesuatu perniagaan kerana nak pastikan semuanya PERFECT atau SEMPURNA, maka di situ timbulnya masalah.
     Saya ada mengenali seorang kawan saya ini, dari duluuu lagi nak mulakan perniagaan. Tetapi, dari dulu sampai kini, masih mencari ilmu, masih research, masih survey...sampai makan masa bertahun-tahun tak mulakan perniagaan.. sebab dengan alasan, tak cukup ilmu lagi untuk mulakan perniagaan. Dirinya inginkan ilmu sepenuhnya & sempurna sebelum mulakan perniagaan.
     Pastinya itu adalah kesilapan yang besar, kerana ILMU tidak akan CUKUP. Kalau belajar ilmu baru, sudah tentu ada lagi ilmu lain yang belum belajar. Nasihat saya, tak perlu jadi seorang "perfectionist' sekiranya ia hanya melewatkan matlamat kita. Sesuatu yang sempurna bagi kita (contoh;produk) mungkin belum lagi sempurna untuk orang lain (contoh:pelanggan). Go ALL OUT sementara motivasi dan momentum anda miliki. Cari ilmu dan juga perbaiki perniagaan kita along the way. Tak perlu tunggu sampai segala-galanya 100% perfect.
     Mulakan sahaja langkah pertama anda dan lakukan konsep 'Kaizen', di mana, setiap hari, setiap bulan, jadikan perniagaan, produk dan perkhidmatan lebih baik! Perbaiki dari masa ke semasa!




- Sumber dari rahsiainternet.com -



- Sumber dari rahsiainternet.com -

Selasa, 29 Oktober 2013

Keistimewaan Diri Sendiri

24 Zulhijjah 1434

Oleh Irfan Khairi :

* Einstein was 4 years old before he could speak.
* Iassc Newton did poorly in grade school and was considered "unpromising"
* When Thomas Edison was a youngster, his teacher told him he was too stupid to learn anything. He was counseled to go into field where he might succeed by virtue of his pleasant personality. Thomas Edison adalah pencipta lampu mentol.
* F.W.Woolworth got a job in a dry goods store when he was 21, but his boss would not permit him to wait on customers because he "didn't have enough sense to close a sale". Kini, Woolworth adalah pasaraya ternama di UK
* Micheal Jordan was cut from his high school basketball team.
* Winston Churchill failed the 6th grade and had to repeat it because he did not complete the tests that were required for promotion.
* Babe Ruth struck out 1,300 times, a major league record. (Babe Ruth ketika itu adalah pemain baseball yang paling banyak melakukan home-run)
     A person may make mistakes, but is not a failure until he or she starts blaming someone else. We must believe in ourselves, and somewhere along the road of life we will meet someone who sees greatness in us and lets us know it.
     Kadangkala amat sukar untuk kita melihat keistimewaan yang ada pada diri sendiri. Selalunya, orang lain yang akan dapat melihat keistimewaan kita. Sama seperti anda sering melihat keistimewaan yang ada pada orang lain dan tidak pada anda.
     Jangan segan bertanya dengan orang lain, rakan-rakan atau keluarga. Atau, anda juga boleh mendapatkan "hint" dari cara orang lain mendampingi anda. Di manakah keistimewaan yang ada pada anda?




- Sumber dari RahsiaInternet.com -

Isnin, 28 Oktober 2013

Cara menjadi jutawan Internet dalam masa 5 tahun

23 Zulhijjah 1434

Oleh : Irfan Khairi

Untuk mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam perniagaan Internet memerlukan usaha. Seringkali, sekiranya matlamat dilihat terlalu besar, mungkin ia melemahkan semangat kita. Caranya adalah, pecahkan matlamat perniagaan Internet anda kepada unit yang boleh di lihat dengan mudah.

Katakan anda ingin mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam masa 5 tahun.

Ini bermakna, anda memerlukan keuntungan RM555 sehari! Masih nampak agak besar. Tetapi, apa kata anda gunakan ilmu aliran pendapatan berganda (multiple streams of income) dan anda menjalankan 5 perniagaan Internet serentak...

Ini bermakna, untuk setiap satu perniagaan Internet, anda hanya perlukan keuntungan RM111 sehari. Hmmm.. kecil sikit!

Pengiraan:
     * RM111 sehari x 5 laman web = RM555 sehari
     * RM555 x 365 hari (setahun) = RM202,575
     * RM202,575 x 5 tahun = RM1,012,875

Sekiranya matlamat anda untuk menjadi jutawan Internet dalam masa 5 tahun, pecahkan matlamat anda menjadi lebih kecil supaya mudah untuk dilihat.
     Anda perlu 5 perniagaan Internet dalam masa 5 tahun - setiap satu laman web memerlukan keuntungan hanya RM111 sehari!
     Contoh, sekiranya anda menjual produk katakan dengan keuntungan RM55. Ini bermakna, anda hanya perlu menjual 2 produk sahaja sehari untuk setiap perniagaan!
     Mudah kan! Mungkin ia tidak mudah, tetapi, ia adalah matlamat yang agak reasonable untuk kita tuju. Permudahkan matlamat besar kita dengan memecah kecilkannya.




- Sumber dari Newsletter RahsiaInternet.com -

Rabu, 23 Oktober 2013

5 tip pilihan motivasi dari Facebook Irfan Khairi

Oleh Irfan Khairi :

1. Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang, malam say : THANK YOU ALLAH !
2. Buat apa yang kita minat. Buat apa yang kita cinta. Kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. Tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. Masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu !
3. Sekiranya segalanya tidak seperti kita mahu, atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada hikmahnya. Dalam apa keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi in..san yang lebih kuat dan hebat selepas melalui kesukaran tersebut !
4. Untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita. Untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita !
5. Kita akan jadi seperti orang-orang berminda positif. Jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi..., akan terkena percikan api.




- Sumber dari rahsiainternet.com (26 Oct 2010) -

Isnin, 21 Oktober 2013

5 Tip Kewangan dari Facebook Irfan Khairi

Oleh Irfan Khairi

1. Try to eat in, kurangkan makan di luar. Selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00, kalau beli kat gerai RM3.00. Kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat - sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
2. PERTAMA:harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA: harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dengan segala kurniaan-Nya. "HARTA" tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN dan KEPU...TUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yang KEDUA !
3. Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: "Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan aj..arkanlah ia kepada anak-anak kamu."
4. Sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. Ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. Budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. Tak masuk akal bukan?
5. Wang bukan segala-galanya. Tetapi, kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan dan pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang...adalah amat-amat penting dalam hidup !





- Sumber dari rahsiainternet.com -

Jumaat, 18 Oktober 2013

Perniagaan perlu tambah nilai untuk berjaya

Tip Pilihan Irfan Khairi:

     Sememangnya dalam perniagaan saya sering mengatakan untuk kita mulakan perniagaan yang sedia mempunyai PERMINTAAN (demand). Ia adalah lebih mudah menjalankan perniagaan yang sedia mempunyai PERMINTAAN oleh kerana pelanggan yang akan mencari anda!
     Namun begitu jangan lupa juga dengan PENAWARAN (supply). Sekiranya PERMINTAAN tinggi, ianya tidak semestinya sesuatu yang bagus sekiranya PENAWARAN juga tinggi. Dalam konteks ini, ertinya PERSAINGAN.
     Tidak kira betapa tinggi permintaan perniagaan itu, sekiranya persaingan adalah terlalu tinggi, maka masih lagi sukar mencari keuntungan.
     Zaman ini, PENAWARAN atau persaingan adalah amat tinggi tidak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan. Satu cara untuk menangani keadaan persaingan terlalu tinggi, adalah dengan cara ADD VALUE atau menambah nilai produk dan perkhidmatan anda.

Fikirkan bagaimana anda boleh tambahkan nilai produk dan perkhidmatan anda. Antara cara-caranya adalah:
   - Ketika raya hari tu, ramai yang menjual kuih raya (Penawaran tinggi), tetapi, ada satu peniaga kuih raya ni, menambah nilai kuih rayanya dengan menyediakan dalam bekas yang amat cantik dan kelihatan mahal untuk dijadikan sebagai "gift" !
   - Di kawasan perumahan saya, ada beberapa gerai menjual nasi lemak berlauk bungkus pagi-pagi. Semua lebih kurang sama sahaja, tetapi satu gerai tu memberi tambahan nilai dengan cara menyediakan barisan untuk beratur...so, tak la terjadi orang potong q macam gerai-gerai lain.
   - 7-11 memberi penambahan nilai kepada pelanggan-pelanggan dengan cara membuka 24jam sehari.

     Belajar dari perniagaan di sekeliling anda. Cuba lihat apakah penambahan nilai yang dilakukan untuk menarik lebih ramai pelanggan?

Khamis, 17 Oktober 2013

Tip Pilihan Irfan Khairi : Kongsi idea dan bebaskannya!

Ramai yang takut-takut memberitahu idea yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila terfikir idea yang hebat, idea tersebut disimpan - takut nanti orang lain curi idea kita.
     Bukan mengatakan ia tidak pernah terjadi - memang ada kalanya sekiranya kita berkongsi idea yang hebat, orang lain akan ceduk idea kita dan kita tidak dapat apa-apa.
     Tapi benarkah kita tidak dapat apa-apa?
     Sebenarnya, apabila kita membebaskan idea hebat kita kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif. Ini kerana, secara psikologi, ia memaksa kita untuk mencari idea yang lebih baik daripada idea asal tersebut. Ia juga memaksakan kita mengambil tindakan yang pantas untuk merealisasikan idea kita.
     Dengan hanya menyimpan idea yang kita ada, kita bagaikan tidak mempunyai apa lagi dan idea tersebut adalah "reserve" terakhir yang kita miliki. Ini hanya menghalang diri kita untuk berkembang menjadi lebih maju.

Cara mulakan perniagaan Internet hari ini tanpa modal

Oleh Irfan Khairi :

Adakah terdapat caranya memulakan perniagaan tanpa sebarang modal? Bunyinya agak mustahil bukan? Artikel saya kali ini akan menunjukkan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan Internet tak kira, menjual apa sahaja, sama ada kamera, permainan, komputer, buku, apa sahaja tanpa modal. Dan yang lagi menarik, ia boleh dilakukan hari ini!

Bagaimanakah caranya?

Caranya adalah menjalankan perniagaan berbentuk affiliate. Perniagaan affiliate dalam kata mudahnya bermaksud, anda menjual produk dan perkhidmatan perniagaan yang sedia ada, dan anda menerima komisyen atas setiap jualan.
     Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menjual kamera, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan Internet yang menjual kamera, dan menjual kamera mereka. Anda akan mendapat komisyen.
     Sekiranya anda ingin menjual komputer, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan Internet yang menjual komputer, dan menjual komputer mereka. Anda akan mendapat komisyen.
     Sekiranya anda ingin menjual buku, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan perniagaan Internet yang menjual buku, dan menjual buku mereka. Anda akan mendapat komisyen.
     Tak kira apa sahaja produk dan perkhidmatan yang anda ingin jual di Internet, kini, terdapat berbagai-bagai program affiliate yang anda boleh sertai dan memulakan perniagaan anda!
     Berminat hendak menjual kamera? Sertai program affiliate seperti Amazon.com. Berminat menjual permainan di Internet? Sertai program affiliate seperti Toys R Us. Berminat menjual buku di Internet? Sertai program affiliate seperti Barnes & Nobel.
     Di atas adalah beberapa contoh sahaja perniagaan besar-besaran yang menjalankan perniagaan berbentuk affiliate. Terdapat banyak lagi perniagaan yang lain yang juga turut memberi pulangan komisyen yang lebih tinggi.
     Program affiliate adalah percuma untuk disertai, oleh itu, tiada modal diperlukan. Apabila anda telah mendaftar secara percuma mana-mana program affiliate yang anda berminat (bukan sekadar contoh di atas sahaja), anda mempromosikannya di blog, laman web, facebook dan juga email anda! Dengan hanya menyertai program affiliate, anda boleh memulakan perniagaan tanpa modal, hari ini!



- Sumber dari RahsiaInternet.com (23/09/2010) -

Rabu, 16 Oktober 2013

Kembangkan network dan gandakan perniagaan!

Oleh Irfan Khairi :

Dalam perniagaan, bak kata pepatah mat saleh, "No man is an island". Bererti, dalam perniagaan, kita harus berkenal dan mejalinkan persahabatan dengan perniagaan-perniagaan lain juga untuk mengembangkan idea dan perniagaan kita ke tahap yang lebih tinggi.
     Sekiranya anda menjalankan perniagaan dan masih lagi di takuk lama, besar kemungkinan adalah sebab perniagaan anda tidak berkembang dari segi network anda. Tambahkan network dan kenalan dalam perniagaan anda untuk sama-sama berkembang oleh kerana rezeki adalah milik bersama.
     Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan, nasihat saya adalah untuk berkenal dengan usahawan-usahawan yang lain. Bina jaringan dan bertukar fikiran. 86% daripada kejayaan seseorang itu bergantung kepada mereka disekelilingnya. Assosiate diri anda dengan usahawan-usahawan yang berjaya.
     Sering cari peluang untuk mendapat kenalan-kenalan baru dalam perniagaan. Tidak kira di mana anda berada menunggu di pejabat pos, shopping complex, hospital, dalam lift atau di mana sahaja, ambil peluang untuk mengenali sesiapa sahaja di situ, mana tahu, metworking yang amat berharga menunggu juga anda di situ!




- Sumber dari Newsletter RahsiaInternet.com (21/07/2010)

Galakkan anak kita berniaga

Oleh Irfan Khairi:

Ramai bertanyakan saya tentang pendedahan awal saya dalam bidang perniagaan. Saya juga jarang berkongsikan kisah saya ketika kanak-kanak, bagaimana saya mula berminat dalam perniagaan.
     Sebenarnya, saya dan perniagaan sudah lama tidak dapat dipisahkan. Sejak di bangku sekolah rendah lagi saya sudah berminat berniaga. Perniagaan pertama saya adalah menjual aiskrim kepada rakan-rakan sekolah. Ketika itu masih lagi sekolah rendah di Kuala Kangsar. Aiskrim yang macam mana? Aiskrim plastik!
     Bermodalkan beberapa ringgit sahaja, dan membeli plastik aiskrim yang datangnya dalam bungkusan mempunyai gambar King Kong. Saya menggunakan kordial di peti sejuk arwah nenek, dan membancuh 2-3 jenis perisa untuk dimasukkan dalam plastik tersebut dan mengikatnya. Pasti anda pun masa kecil-kecil dulu pernah merasa aiskrim sebegini bukan?
     Mulai situ saya memang berminat berniaga. Di sekolah juga saya mengambil upah melukis kartun, melukis kad raya dan mencipta t-shirt untuk dijual kepada kawan-kawan.
     Walaupun ibu dan ayah bukan ahli perniagaan, dan juga tiada keluarga yang terlibat dengan perniagaan (kebanyakannya bekerja dengan kerajaan), saya belajar berniaga dengan melihat dan belajar dari pemerhatian di sekeliling. Berikut adalah 3 tip mudah menggalakkan si kecil untuk minat dengan perniagaan dan wang:
1) Ketika di kedai, beri anak anda melakukan pembayaran dan mengambil baki wang daripada cashier. Dengan cara ini, ia membiasakan anak anda dengan transaksi perniagaan sejak kecil.
2) Upah dan beri galakkan anak anda apabila menghasilkan sesuatu yang menarik seperti lukisan atau kraftangan. Galakan sebegini akan meningkatkan lagi kayakinan anak kita dalam mengasah kreativiti sendiri.
3) Galakkan anak anda menabung. Dari masa ke semasa, kira bersama hasil tabung supaya anak kita belajar menjejak simpanan. Juga, berikan hadiah kecil (hasil daripada simpanan) untuk menggalakkan simpanan dan juga membiasakan mereka melihat bahawa wang simpanan usaha sendiri akan kurang apabila berbelanja.
     Sekiranya anda mempunyai anak atau anak adik atau anak buah, berikan pendedahan awal perniagaan dan kewangan kepada mereka. Ia akan banyak membantu mereka apabila dewasa kelak dari segi keyakinan diri dalam perniagaan dan pengurusan wang. Jadikan berniaga dan wang sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan. Ciptakan keadaan di mana perniagaan adalah permainan bersama mereka. Galakkan mereka berfikir kreatif. Bincangkan perihal kewangan (bukan masalah kewangan) dan jadikan mereka menghormati dan menghargai wang dengan cara yang menghiburkan.


- Sumber dari Newsletter RahsiaInternet.com (12/07/2010) -

Selasa, 15 Oktober 2013

Minda yang positif PASTI membawa kepada KEJAYAAN !

Oleh Irfan Khairi

Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita. Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.
     Latihannya adalah, untuk 7 hari akan yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!
     Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa? Terdapat dua jawapan - bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).
     Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikiran negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.
     Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus ke arah kejayaan. Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.
     Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try !