Memaparkan catatan dengan label Anda & Undang-undang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anda & Undang-undang. Papar semua catatan

Selasa, 19 November 2013

Semak Cuti Tahunan Anda !

15 Muharram 1435

Menurut Akta Pekerjaan 1955, seseorang pekerja layak mendapat cuti tahunan seperti tahunan seperti berikut : Seksyen 60E (1).
Jumlah tahun bekerja di bawah majikan yang sama & Cuti tahunan yang layak (jumlah hari)
Satu tahun atau lebih tetapi kurang daripada dua tahun =  8
Dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun = 12
Lima tahun atau lebih = 16



Jika seseorang pekerja menamatkan perkhidmatannya kurang daripada satu tahun, beliau layak mendapat cuti tahunan yang bersamaan dengan jumlah bulan beliau berkhidmat dalam tahun tersebut. Seksyen 60 E(1).
Contoh :
Salina mula bekerja dengan syarikat A pada 1 Jun 20XX. Beliau telah berkhidmat tujuh bulan. Cuti tahunan yang beliau layak ialah :
7/12 X 8 HARI = 4.67 HARI
     Bagi hari yang kurang daripada setengah hari tidak akan diambil kira dan setengah hari atau lebih ia dianggap sebagai satu hari. Dalam contoh di atas, hari tersebut (0.67) adalah dianggap sebagai satu hari.
     Jika Salina hanya berkhidmat tujuh bulan dan 24 hari, beliau tidak akan mendapat elaun cuti yang berpatutan untuk 24 hari tersebut, kerana ia tidak menjadikan perkhidmatannya satu bulan penuh.

Cuti Tahunan Berbayar
S Adakah cuti tahunan berbayar termasuk hari rehat dan cuti umum berbayar yang diwartakan?
J Cuti tahunan berbayar tidak termasuk hari rehat dan cuti umum berbayar yang diwartakan.

S Bolehkah keseluruhan atau sebahagian daripada cuti tahunan yang tidak diambil digantikan dengan bayaran?
J Atas permintaan majikan dan dengan persetujuan bertulis pekerja, cuti tahunan keseluruhan atau sebahagian daripadanya yang tidak ambil, boleh digantikan dengan bayaran. Seksyen 60E (2).

S Apakah keadaan yang membolehkan cuti tahunan seseorang pekerja boleh dirampas?
J Cuti tahunan seseorang pekerja boleh dirampas jika beliau tidak hadir bekerja tanpa izin atau tanpa sebab munasabah selama lebih 10 peratus daripada jumlah hari bekerja di dalam tempoh 12 bulan daripada jumlah hari bekerja di dalam tempoh 12 bulan perkhidmatan yang berterusan yang haknya teraku. Seksyen 60E(1).

Cuti Bersalin
S Adakah seseorang pekerja wanita layak mendapat sebarang tambahan cuti tahunan jika beliau mendapat cuti bersalin ketika masih dalam cuti tahunan ?
J Seseorang pekerja wanita akan menerima cuti tahunan tambahan jika ketika dalam cuti tahunan beliau cuti bersalin. Seksyen 60E(1B)

Cuti Sakit
S Adakah seseorang pekerja itu layak mendapat sebarang cuti tambahan jika beliau mendapat cuti sakit ketika masih dalam cuti tahunan?
J Seseorang pekerja akan menerima cuti tambahan jika ketika dalam cuti tahunan, beliau mendapat cuti sakit. Seksyen 60E(1B).

Letak Jawatan
S Adakah seseorang pekerja yang meletakkan jawatan sebelum pengesahan jawatan, layak mendapat sebarang cuti tahunan?
J Akta tersebut tidak menyediakan peruntukan khusus mengenai perkara ini. Bagaimanapun, di bawah Seksyen 60E(1), jika seseorang pekerja meletakkan jawatan, beliau layak mendapat cuti tahunan berbayar menurut kadar tertentu. Seseorang pekerja juga boleh menggunakan baki cuti tahunannya untuk keseluruhan atau sebahagian daripada notis yang diperlukan bagi tempoh perletakkan jawatannya. Seksyen 60E(2A).

Kontrak Tamat
Jika kontrak perkhidmatan seseorang pekerja ditamatkan (bukan kerana salah laku) sebelum cuti tahunannya, beliau berhak mendapat kadar gaji biasa sebagai ganti kepada cuti tahunan yang tidak diambil. Seksyen 60E(3A).

Kadar Bayaran
Bayaran bagi cuti tahunan adalah berasaskan kadar bayaran biasa. Seseorang pekerja yang diambil bekerja mengikut kadar bulanan dianggap telah menerima bayaran bagi cuti tahunan jika beliau menerima bayaran bulanan tanpa sebarang rebat. Seksyen 60E(3).

Meluluskan Cuti Tahunan
Majikan hanya boleh meluluskan cuti tahunan kepada pekerja-pekerjanya sebaik sahaja tamat tempoh perkhidmatan yang berterusan selama 12 bulan. Seksyen 60E(2) Rampasan cuti tahunan.

Pengiraan Tempoh Perkhidmatan
Tempoh sesuatu perkhidmatan dikira mulai tarikh perlantikan dikira mulai tarikh perlantikan sehingga 31 Disember atau tarikh perletakan jawatan atau tarikh penamatan perkhidmatan. Apabila seseornag pekerja diberikan cuti ketidakhadiran tanpa gaji oleh majikannya dalam mana-mana tempoh sepanjang 12 bulan dan tempoh ketidakhadiran sedemikian melebihi 30 hari terkumpul, tempoh cuti ketidakhadiran itu diketepikan dalam mengira tempoh perkhidmatan dengan majikan berkenaan.