Memaparkan catatan dengan label Dunia IT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia IT. Papar semua catatan

Khamis, 21 November 2013

Bagaimana mendapatkan nama domain?

17 Muharram 1435

Oleh : Qistina

Apakah nama domain? Nama domain merupakan nama di dalam bentuk text bagi sesuatu alamat web. Biasanya laman web dialamatkan dengan nombor IP yang mana menyukarkan pengguna untuk mengingat bait-bait nombor tersebut. Oleh itu nama domain dapat memberikan satu nama lain yang unik bagi laman web anda.
     Bagaimana sekiranya anda ingin mendapatkan nama domain? Bagaimana sekiranya anda memerlukan satu nama yang diakhiri dengan .MY di hujung nama domain tersebut? Anda hanya boleh mendaftarkan nama domain dengan MYNIC (The Malaysia Network Information Centre) yang merupakan salah satu Jabatan di Mimos Berhad di URL http://www.mynic.net . Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak memerlukan .my atau level pertama nama domain, anda boleh menguruskan pendaftaran nama domain tersebut di beberapa laman web lain seperti www.whoix.com dan www.domainbank.net . MYNIC menguruskan pendaftaran 6 jenis domain yang diakhiri dengan .com.my, .net.my, .org.my, .gov.my, .edu.my dan .mil.my.
     Struktur penggunaan nama domain ini disusun mengikut hirarki susunan nama DNS. Susunan ini akan membolehkan mesin komputer mencari di mana host yang memegang alamat tersebut.

LEVEL 1 (TERTINGGI)

Level tertinggi di dalam struktur hierarki ini merupakan nama negara yang mengeluarkan nama domain tersebut, sebagai contoh, karangkraf.com.my .my tersebut menunjukkan bahawa laman web karangkraf dimiliki oleh salah sebuah syarikat di Malaysia.

LEVEL ke-2

Level ke-2 nama domain membawa maksud kategori atau jenis aktiviti yang dijalankan oleh pemilik nama domain. Terdapat 6 kategori domain level ke-2 iaitu
* .com.my - organisasi komersil dan yang menjalankan aktiviti biasa
* .net.my - organisasi yang mempunyai rangkaian dan aktiviti
* .org.my - organisasi yang tidak termasuk di dalam kategori-kategori yang disenaraikan ini
* .edu.my - organisasi berasaskan kerajaan
* .mil.my - organisasi tentera

LEVEL ke-3

Level ke-3 nama domain pula terpulang kepada pengguna untuk memilih. Biasanya sesebuah syarikat akan menggunakan nama syarikat tersebut pada level ke-3 ini Bagaimanapun, nama produk yang dihasilkan, jenama, ataupun tanda perdagangan untuk diletakkan pada nama domain level ke-3. Nama domain level ke-3 ini boleh mengandungi dari 1 hingga 40 alfanumerik.


Pendaftaran

Harga pendaftaran bagi nama domain ini cuma RM100 sahaja. Pengguna perlu memperbaharui pendaftaran nama domain yang dimiliki setiap tahun dengan jumlah yang sama iaitu sebanyak RM100 setahun.
     Untuk memiliki nama domain yang diakhiri dengan .my, pengguna perlu menyertakan dokumen sokongan sebagai bukti pendaftaran organisasi / syarikat yang disahkan oleh sama ada ROB, ROC atau ROS. Nama domain ini bukanlah satu nama domain yang boleh dibeli sesuka hati pengguna. Tanpa bukti pendaftaran organisasi, pihak mynic boleh menolak permohonan membeli nama domain tersebut.
     Bagaimanapun, untuk memiliki nama domain biasa tanpa level pertama, pengguna boleh memeriksa sama ada nama domain itu masih belum dimiliki oleh sesiapa dan boleh menguruskan pembelian terus dari laman-laman web seperti yang dinyatakan di atas tanpa syarat. Pembayaran secara online melalui kad kredit boleh memudahkan urusan pengguna.




- Sumber dari NUR Januari 2003 -

Isnin, 7 Oktober 2013

Pentingnya Data Back-Up

Bersama : Qistina

Definisi mudah bagi data recovery ini adalah kemampuan sesebuah organisasi dalam menyediakan satu sistem back-up terhadap sistem maklumat yang boleh dipercayai dapat memainkan peranan sekiranya sistem sedia ada mengalami masalah tanpa menyebabkan kelewatan atau gangguan perhubungan terutama antara organisasi dan pelanggan.
     Kadangkala situasi ini berlaku tanpa dapat dijangka. Sistem tidak dapat beroperasi akibat kerosakan data dan perlu diformat semula bagi membolehkan komputer kembali berfungsi. Data yang ada di dalamnya tidak boleh diselamatkan lagi. Kadangkala ada cara bagi mengembalikan semula data tersebut, tetapi kos yang diperlukan bagi menyediakan perisian untuk tujuan itu adalah tinggi.
     Salah satu sistem 'recovery' yang sangat popular dalam kitaran luas recovery adalah data back-up. Data back-up ini sebenarnya hanya merupakan sebahagian kecil dari kitaran recovery, yang melibatkan duplikasi sistem secara keseluruhan bagi memastikan sesebuah sistem komputer dapat mengambil mengambil alih sistem tergendala disebabkan oleh apa jua bencana dan kemalangan.

Sekali dalam sebulan
Data back-up boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah seperti menyimpan data di dalam peranti berbeza, menyalin data ke dalam pita magnetik atau mana-mana jenis storan sekunder, atau menyalin data-data penting ke dalam mesin berbeza yang diletakkan di dua tempat yang berbeza.
     Bagaimanapun kesedaran terhadap menyediakan data back-up ini masih terlalu rendah dalam masyarakat kita. Masing-masing menganggap mudah perkara ini yang sebenarnya boleh mendatangkan kesan yang amat besar dalam dunia bisnes. Anda dinasihatkan supaya menyediakan data back-up sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan sebagai persediaan sekiranya terjadi sebarang kemungkinan di luar jangkaan. Sebenarnya kekerapan melakukan back-up ini adalah bergantung kepada kekerapan sesuatu data dikemaskini, semakin kerap back-up perlu dilakukan bagi memastikan data anda adalah data yang terkini.
     Bagi pengguna komputer peribadi, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan bagi menyediakan back-up terhadap data-data di dalam cakera keras anda. Salah satunya adalah dengan menyediakan salinan data daripada cakera keras ke dalam storan kedua seperti disket, CD-R, Zip Drive dan beberapa jenis storan sekunder yang lain. Disket adalah merupakan peranti yang paling mudah dan paling biasa digunakan oleh pengguna komputer peribadi.
     Saiz fail di dalam cakera keras anda akan menentukan masa yang akan diambil bagi menyediakan back-up tersebut dan bilangan kapasiti storan sekunder yang diperlukan bagi menyediakan back-up. Lebih besar saiz storan hard drive anda, lebih lama masa yang akan diambil dan lebih besar saiz storan sekunder yang diperlukan bagi menyediakan salinan back-up. Pertimbangkan hanya untuk menyediakan salinan terhadap fail-fail penting sahaja, bagi menjimatkan bilangan disket atau peranti yang digunakan. Anda tidak perlu menyediakan salinan terhadap seluruh kandungan cakera keras anda, kandungan cakera keras dalam termasuk fail sistem komputer.
     Pita magnetik pula sering digunakan bagi menyediakan back-up bagi sesebuah organisasi yang besar. Data yang disimpan di dalam 'server' atau rangkaian 'workstation' akan disalin ke dalam pita magnetik mengikut kitaran back-up yang telah dirancang. Kebanyakan organisasi juga menggunakan sistem penyimpanan data menggunakan teknologi NAS (Network Area Storage) atau SAN (Storage Area Network) bagi memaksimumkan penyimpanan data, bersama kaedah back-up yang lebih efisyen.




- Sumber dari NUR Disember 2002 -

Rabu, 5 Jun 2013

Tip Komputer

Sekiranya komputer anda 'hang' tekan kekunci ctrl + alt + delete serentak. Anda akan terus dipaparkan dengan "Windows Task Manager" bagi Windows 98 dan sekiranya anda menggunakan Windows 2000 atau Windows XP, anda akan dipaparkan dengan tetingkap "Windows Security". Kemudian, pilih "Windows Task Manager". Lihat senarai aplikasi yang sedang anda gunakan, dan status aplikasi tersebut. Sekiranya terdapat aplikasi yang berstatus butang end task. Aplkasi tersebut akan ditamatkan dan komputer anda akan kembali beroperasi.

- Sumber dari NUR November 2002 -



Selasa, 4 Jun 2013

Internet Tanpa Wayar Mula Menguasai Dunia Kerjaya

Oleh : Qistina

Teknologi kian canggih dan 'mobile internet' semakin popular. Penggunaan peranti mudah alih seperti telefon mudah alih, notebook, laptop dan PDA (Pembantu Peribadi Digital) semakin meluas. Peralatan seperti ini bukan lagi dianggap mewah atau berkos tinggi yang dahulunya hanya mampu dimiliki oleh golongan mewah atau golongan atasan. Ia kini sudah menjadi sebagai salah satu keperluan umum, tidak kira pelajar atau pekerja. Boleh dikatakan hampir separuh daripada golongan wanita bekerja atau di tahap pengurus menggunakan peralatan seperti ini.
Asasnya semua peranti ini menggunakan teknologi internet mudah alih. Teknologi seperti WAP, Bluetooth, GPRS dan 'infrared' bukan lagi sesuatu yang asing bagi masyarakat Asia, lebih hebat lagi perkembangannya yang pantas telah menjadikan ia menguasai pasaran.
Salah satu kajian yang telah dilakukan mengandaikan bahawa teknologi 'mobile internet' ini akan menguasai pasaran Asia Pasifik dengan lebih meluas berbanding negara barat. Perhubungan internet tradisi yang digunakan mendapat tempat di kalangan masyarakat Asia, termasuk Malaysia. Konsep internet bergerak yang membolehkan capaian maklumat dibuat tidak kira di mana dan melalui pelbagai peranti mudah alih seperti yang disenaraikan di atas benar-benar telah memberi keselesaan kepada penggunanya.
Terlalu banyak perkhidmatan 'mobile internet' yang mempengaruhi kehidupan seharian kita sebenarnya. Penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS) melalui perkhidmatan internet kepada telefon mudah alih ataupun dari telefon mudah alih kepada telefon mudah alih yang lain sebenarnya berkonsepkan 'mobile internet'
Satu protokol berasaskan industri menetapkan cara penggunaan data dengan kemampuan terhad yang diberikan oleh peranti-peranti kecil mudah alih seperti telefon selular dan PDA. Sepertimana laman web yang dibina menggunakan satu bahasa komputer yang dipanggil HTML (Hypertext Mark-up Language), peranti mudah alih yang menggunakan teknologi WAP memerlukan bahasa pembinaan dari bahasa yang berbeza, iaitu WML (Wireless Mark-up Language).
WAP merupakan set protokol yang membolehkan pengguna peranti digital tanpa wayar mendapatkan perkhidmatan internet, menerima dan mengahantar e-mel, faks dan sebagainya melalui peranti kecil seperti telefon selular dan PDA.
Telefon selular yang berada di pasaran masa kini dibina dengan dilengkapkan bersama teknologi GSM (Global System for Mobile Communication) dengan penghantaran data 9.6 kilobit per saat. Penghantaran data yang agak perlahan ini beserta beberapa kekangan lain menyebabkan GSM tidak begitu mendapat perhatian umum lagi dengan munculnya beberapa teknologi yang lebih baik seperti GPRS (General Packet Radio Service).
Beberapa penyedia servis telekomunikasi di Malaysia juga telah mengumumkan tentang penyediaan servis GPRS oleh syarikat mereka. GPRS memberikan penghantaran data sehingga 171.2kbps yang pastinya lebih baik dari teknologi GSM. Dengan menggunakan teknologi penghantaran melalui peket, data akan dimampatkan kepada beberapa peket kecil dan dihantar kepada rangkaian. Teknologi ini membolehkan beberapa aplikasi lain dijalankan melalui internet tanpa wayar seperti penghantaran fail, automasi kediaman dan persidangan melalui video. 'Teknologi Bluetooth' pula menyediakan kawasan terhad melalui sambungan radio di antara peranti dan membenarkan penghantaran data sehingga 1Mbps.
Anda sebagai wanita masa kini yang didedahkan dengan pelbagai kemudahan dan teknologi terbaru wajar mencuba salah satu daripada kaedah penggunaan peralatan komunikasi tanpa wayar ini. Di dalam melaksanakan tugas setiap hari jika anda dapat menggunakan kemudahan yang sedia ada ini dengan betul, nescaya anda akan lebih yakin dan maju kehadapan berbanding mereka yang menganggap di dunia IT sebagai satu yang membosankan!

- Sumber dari NUR November 2002 -


Rabu, 6 Jun 2012

Identiti E-Mel

Oleh : Aida Mohamed

E-mel atau surat elektronik merupakan cara berkomunikasi yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat berkerjaya dan berpendidikan. E-mel bukan sahaja menyampaikan maklumat dengan pantas dan cekap, tetapi ia juga membawa imej penggunanya. Tidak mempunyai e-mel boleh dikatakan tidak mengikuti perkembangan teknologi.

E-mel boleh didapati secara percuma dari banyak laman popular di internet. Antara yang dikenali ramai ialah yahoo.com, gmail.com dan hotmail.com. Syarikat-syarikat yang tidak mengenepikan perkembangan teknologi juga biasanya menyediakan kemudahan ini kepada semua kakitangannya atas kesedaran bahawa e-mel boleh membawa imej syarikat dan juga boleh menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan berkesan. Perkhidmatan pos, kurier ataupun faks boleh dikurangkan dan lebih menjimatkan. Zaman telah berubah dari penggunaan kertas kepada teknologi digital.

Bagaimana E-mel Boleh Membawa Imej Penghantar?

E-mel dikatakan pembawa imej melalui penggunaan yang berkesan. Contohnya tajuk yang tepat dan ringkas, kepilan kad perniagaan yang mengandungi butir-butir penghantar dan tandatangan di penghujung e-mel. Imej akan mencerminkan sebahagian daripada diri anda. Kekemasan e-mel yang dihantar kepada klien akan membuat mereka yakin terhadap anda dan syarikat. Kadangkala, perkara mudah seperti ini mampu membantu anda dalam meyakinkan dan mempromosikan sesuatu.

Bagaimana tentang etika penggunaannya dalam urusan perniagaan?

1) Tajuk & Subjek Yang Sesuai
Gunakan tajuk/subjek yang bertepatan dengan tujuan email dihantar atau tajuk yang akan menarik minat penerima membaca emel tersebut. Sekiranya e-mel tersebut sesuatu yang teramat penting, pastikan anda menandakan opsyen penting dan tanda seruan bagi memberitahu penerima e-mel tersebut perlu dibaca dan memerlukan maklumbalas segera. Jangan sesekali meletakkan tajuk seperti hello, hai dan apa khabar bagi tujuan rasmi syarikat. Tentu tidak sesuai, bukan? Cuba berlagak sedikit formal dalam penyampaian e-mel tersebut bagi mengekalkan identiti yang baik. Berikan tajuk bersesuaian dengan mesej yang hendak anda sampaikan. Mudah bagi penerima tahu tentang tujuan anda sebenar.

2) Tanda tangan
Bagi memudahkan penerima e-mel mengenalpasti siapa penghantar, pastikan anda menyertakan tandatangan di bawah setiap e-mel yang dihantar keluar. Cipta satu template tandatangan yang secara automatik akan disertakan di bawah setiap e-mel anda. Contoh tandatangan adalah seperti di bawah:

Salam hormat;
Nur Aini Mohamad
Eksekutif Perhubungan Awam
Maltex Sdn Bhd

Anda boleh mengubah teks tandatangan tersebut mengikut kesesuaian anda. Ada yang suka untuk meletakkan semua data kontek seperti no telefon dan no faks bersama-sama di teks tandatangan. Ini memudahkan klien menghubungi anda sekiranya perkara tersebut memerlukan perhatian segera.

3) Kepilan Kad Perniagaan
Bagi pengguna perisian e-mel Microsoft Outlook, atau mana-mana perisian lain yang menyediakan kemudahan penyediaan kad perniagaan, anda boleh mengepilkan kad perniagaan anda di setiap e-mel yang dihantar keluar. Kad perniagaan ini mengandungi maklumat-maklumat seperti nama anda, jawatan, nama syarikat, alamat syarikat, nombor telefon, faks dan sebagainya. Dengan menghantar kad perniagaan perniagaan ini, penerima akan lebih jelas dengan maklumat diri anda dan syarikat dan lebih mudah untuk mereka menghubungi anda. Keyakinan mereka kepada anda dan syarikat akan bertambah dengan terdapatnya data-data yang mereka perlukan.

4) CC e-mel penting
Sekiranya e-mel yang akan dihantar itu memerlukan perhatian dan makluman oleh ketua jabatan anda atau sesiapa sahaja selain daripada penerima, letakkan alamat e-mel mereka tersebut di ruang cc dan bcc. Mereka yang juga turut menerima salinan e-mel tersebut. Anda tidak perlu mencetak kandungan e-mel tersebut dan menghantar secara menual. Gunakanlah semua kemudahan ini bagi memudahkan tugas anda.

- Sumber dari NUR Pengenalan -