Oleh Muhamad Lutfi Ishak
Napolean manusia kuat
depan isteri tunduk hormat
tiap arahan tidak ingkar
Di dalam sirah
harga wanita lebihi nyawa saudara
sebab ranum sengketa
pembunuhan pertama dunia.
Jangan nilai wanita dengan mata
kerana mata mudah terpana
akal kata fana
sekali pandang terpesona.
Wanita ikut peribadi
wanita suci milik lelaki mithali
wanita jual diri
milik pengkhianat negeri.
- Sumber dari NUR Disember 2002 -