Apabila anda disahkan mengandung sudah pasti ia berita yang paling menggembirakan dalam hidup anda suami isteri. Tambahan pula jika anda dan suami memang sudah lama menunggu untuk menimang cahaya mata. Kandungan pasti dijaga sebaik mungkin. Namun ada kalanya takdir tuhan tidak dapat kita duga. Sedang kita meneka-neka bayi yang dikandung lelaki atau perempuan, si ibu ditimpa malang. Pendarahan yang tidak disangka-sangka berlaku.
Antara bimbang atau panik, masih ramai ibu hamil terutamanya ibu muda yang tidak tahu mengapa boleh berlakunya pendarahan dan langkah untuk mencegah daripada berlakunya pendarahan juga tidak pernah difikirkan.
Sebenarnya pendarahan memang banyak berlaku di kalangan wanita bekerja. Mungkin faktor tugas yang lasak menyumbang ke arah terjadi kejadian yang tidak diingini ini. Tetapi ada juga sebab-sebab lain yang perlu diberi perhatian.
Pendarahan Di Peringkat Awal Kehamilan
Tiga bulan pertama kandungan adalah waktu yang terpenting kerana ketika itu pembentukan jasad berlaku daripada sekelompok darah menjadi segumpal daging dan seterusnya berbagai anggota badan dibentuk sehinggalah roh ditiupkan kepada jasad pada peringkat empat bulan. Pada ketika itu dan seterusnya barulah janin kukuh dalam kandungan sehingga sampai waktu kelahiran.
Di peringkat ini pelbagai masalah timbul. Antaranya ialah keguguran atau kecacatan bayi yang dikandung. Secara puratanya lebih kurang 10 hingga 15 peratus kehamilan berakhir dengan keguguran atau menjadi luar biasa seperti kehamilan anggor (molar pregnancy) atau kehamilan di luar rahim.
Tanda pertama bagi kehamilan luar biasa ini ialah pendarahan. Pendarahan walaupun sedikit ataupun banyak ialah satu petanda yang tidak baik bagi kandungan kerana ia menunjukkan sesuatu ancaman terhadap janin. Apabila keadaan ini berlaku nasib janin yang dkandung adalah 50 peratus.
Pendarahan Disertai Sakit Perut
Pendarahan yang disertai dengan kesakitan perut yang amat sangat mungkin menandakan keguguran atau kandungan di luar rahim (ectopic pregnancy). Kedua-dua ini merupakan ancaman besar kepada ibu dan bayi.
Jangan pandang ringan terhadap masalah pendarahan di peringkat awal kehamilan. Langkah utama ialah untuk berjumpa dengan doktor yang terdekat.
Punca Pendarahan
1 Keguguran
Ini mungkin hanya ancaman sahaja (threatened abortion). Sebenarnya janin masih hidup dan boleh tumbuh lagi tetapi mungkin disebabkan pendarahan daripada uri akibat daripada kuncupan rahim yang biasanya ditimbulkan oleh sebab tekanan fizikal dan mental, faktor kurang hormon atau kedudukan uri yang agak dekat dengan pintu rahim. Rawatan bagi keadaan ini ialah rehat sepenuhnya, ubat hormon diberi secara suntikan atau tablet, jauhkan dari hubungan suami-isteri dan tenangkan fikiran.
Keguguran boleh menyebabkan kematian janin iaitu apa yang digelar "missed abortion". Kadangkala pendarahan tidak banyak dan biasanya tanda-tanda hamil seperti loya dan muntah, bengkak buah dada agak berkurangan atau tiada langsung. Bila dibuat 'scanning ultrasound', biasanya tiada janin dikesan dalam karung kandungan atau mungkin terdapat segumpal daging janin tetapi tanpa denyutan jantung lagi. Dalam keadaan ini (missed abortion) memerlukan rahim dicuci melalui proses D&C.
Keguguran juga mungkin telah berlaku dengan sepenuhnya (complete abortion) di mana segala isi kandungan, uri dan janinnya telah keluar keseluruhannya daripada rahim. Biasa pesakit akan merasai kesakitan yang amat sangat dan akan melihat ketulan darah dan tisu yang keluar daripada kemaluan.
Keguguran juga mungkin tidak sempurna (incomplete abortion) dimana sebahagian sahaja daripada tisu kandungan telah keluar dan sebahagiannya tertinggal dalam rahim. Ini boleh disahkan melalui 'ultrasound scanning' dan dalam keadaan ini biasanya rahim perlu dibersihkan melalui proses D&C.
2 Kehamilan luar rahim
Kehamilan luar rahim yang biasanya berlaku di saluran fallopian adalah sangat merbahaya kerana ia boleh pecah dalam perut menyebabkan pendarahan yang banyak serta mengancam nyawa dan adakalanya membawa maut jika lambat bertindak.
Mereka yang terdedah kepada kehamilan luar rahim terdiri daripada wanita yang sukar mengandung atau mandul, mereka yang pernah menjalani pembedahan ke atas perkakas peranakan, untuk appendik atau pada bahagian usus. Mereka yang telah mengalami jangkitan kuman pada rahim dan mereka yang pernah atau sedang menggunakan lat dalam rahim (IUCD), juga terdedah kepada risiko kehamilan luar rahim.
Selain daripada pendarahan, ia juga mengalami kesakitan yang amat sangat pada bahagian perut dan mereka kadang-kadang hampir pitam akibat daripada kesakitan tersebut.
Kehamilan Luar Rahim
-Pecah dan Berdarah
1 - Pengesahan Ujian kencing masih positif untuk kehamilan (positive urine pregnancy test)
2 - Ujian 'ultrasound' menunjukkan rahimnya kosong tanpa karung kandungan tetapi terdapat kesan darah dan karung kandungan di luar rahim.
3 - Langkah yang perlu diambil ialah untuk menjalani pembedahan secara cemas. Setelah dibius, doktor mungkin melakukan 'laporoscopy' untuk mengesahkan adanya darah di luar rahim dan seterusnya membuat pembedahan kecil pada perut untuk membuang kandungan yang telah pecah.
Jika berlaku pada saluran fallopian, saluran tersebut perlu dibuang sekali dan seterusnya sisa-sisa kandungan dan darah dalam perut akan dibersihkan untuk mencegah daripada kesan sampingan seperti "pelvic adhesions" di kemudian hari.
3 Kehamilan Anggur (Molar Pregnancy)
Kehamilan anggor jarang berlaku tetapi tandanya ialah pendarahan dan mereka ini juga mengalami tanda-tanda loya dan muntah yang berlebihan daripada kehamilan biasa daripada ukuran biasa. Apabila dibuat ultrasound scanning tidak ada janin dikesan tetapi hanyalah kesan seperti ombak-ombak yang dilihat dalam rahim.
Apabila disahkan keadaan ini, pesakit perlu menjalani pembersihan rahim melalui proses D & C dan D & C ini perlu diulang dua minggu kemudian untuk membersihkan kesemua tisu-tisu anggur. Ini kerana risiko jangka panjang ialah kejadian kanser rahim (coreo-carcinoma) akibat daripada pertumbuhan dari tisu kehamilan anggur ini. Tetapi ini hanya berlaku dalam lingkungan lima peratus (5%) sahaja.
Oleh itu pengidap kehamilan anggur ini perlu menjalani pengawasan atau pemantauan yang teliti khususnya dengan ujian 'ultrasound' serta ujian darah untuk mengesan hormon Beta Hcg. Jika paras hormon Beta Hcg ini telah balik ke normal, Insya-Allah tidak ada risiko tumbuh kanser rahim tersebut dan wanita tersebut boleh terus hamil lagi.
Pendarahan di akhir kehamilan
Pendarahan diperingkat akhir kehamilan iaitu pada tujuh bulan ke atas biasanya berlaku disebabkan salah satu daripada tiga perkara berikut :
1 Uri pada pintu rahim (placenta previa)
Uri pada pintu rahim boleh menyebabkan pendarahan yang banyak hingga boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Apabila ini berlaku ibu mestilah segera mendapatkan rawatan. Ujian Ultrasound akan dilakukan. Jika doktor mendapati uri tidak berada di kedudukannya satu langkah pencegahan perlu dilakukan bagi memastikan pendarahan lebih banyak tidak berlaku.
Kedudukan uri di bawah (placenta previa) merangkumi dua jenis, pertama ialah di mana uri menutupi pintu rahim sepenuhnya (Placenta previa major) dan keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak apabila berlakunya kuncupan rahim khususnya di peringkat akhir kehamilan.
Kuncupan rahim sering disebabkan oleh kepenatan, tekanan mental dan penyakit jangkitan kuman khususnya pada pundi kencing atau bahagian tubuh yang lain.
Langkah
Apabila berlaku pendarahan seperti ini ibu mesti segera dimasukkan ke hospital kerana biasanya pembedahan ceasarean secara cemas perlu dilakukan untuk menyelamatkan ibu dan nyawa bayi tersebut.
"Placenta previa minor" ialah apabila uri hanya terletak pada bahagian bawah rahim tetapi tidak menutupi langsung pintu rahim. Keadaan begini tidaklah begitu mengancam dan biasanya tidaklah menyebabkan pendarahan yang banyak sangat. Adakalanya dalam keadaan ini kelahiran normal masih boleh dilakukan.
2 'Accindental haemorrhage' (abruptio placenta)
Ini bermakna pendarahan berlaku dalam rahim di belakang uri dan keadaan ini sangat merbahaya kerana pendarahan di luar adalah sedikit tetapi banyak berlaku di dalam rahim menyebabkan rahim menjadi keras dan membesar.
Keadaan ini boleh menyebabkan bayi mati dalam perut sebelum ibu sampai ke hospital. Dalam keadaan yang sangat teruk, ibu juga boleh meninggal dunia kerana pendarahan tidak boleh dikawal disebabkan semua sel-sel pembekuan darah (platelets) telah habis terperangkap dalam bekuan darah dalam rahim.
Keadaan ini dipanggil "disseminated intra-vascular coagulation" iaitu satu keadaan yang amat merbahaya kerana pendarahan bukan sahaja berlaku da;am rahim tetapi di semua organ-organ dalam badan khususnya hati dan otak. Keadaan inilah yang boleh membawa maut kepada ibu tersebut.
Kelahiran mesti dilakukan secara cemas untuk menyelamatkan ibu, mungkin yang paling selamat ialah dengan pembedahan 'ceasarean'. Transfusi darah serta lain-lain cecair untuk menggantikan cecair, logam dan sel-sel pembekuan perlu dilakukan dengan banyak dan cepat.
3 Pendarahan "incidental"
Ini mungkin disebabkan pintu rahim yang luka (erosion) atau dijangkiti kuman, atau saluran darah yang pecah dari sekeliling pintu rahim ataupun saluran faraj. Keadaan ini tidak begitu membahayakan ibu dan bayi tetapi ini adalah satu keadaan yang memerlukan perhatian juga.
Perlu dipastikan bahawa sebab utama seperti "placenta previa" tidak berlaku dengan melakukan pemeriksaan faraj serta ujian 'ultrasound'. Tiada rawatan yang khusus untuk melainkan rehat.
- Sumber dari NUR Disember 2002 -