Khamis, 4 Julai 2013

Tip Menghantar Anak Ke Sekolah

1 Melambai.
Berilah anak-anak lambaian kasih sayang. Lambaian daripad ibu bapa merupakan motivasi kepada mereka.

2 Apabila mereka keluar dari rumah, suruh mereka membaca surah al-Insyirah. Insya-Allah mereka akan mudah menerima pelajaran, dada dan fikiran menjadi lapang.

3 Memberi salam. Ibu bapa hendaklah mula memberi salam kepada anak-anak.

4 Hubungan mata dan posisi badan juga memberi kesan kepada anak-anak. Lihat mata anak dengan tepat, peluk atau sekurang-kurangnya pegang bahunya dengan penuh kasih sayang.

5 Raut wajah ibu bapa hendaklah ceria dan berseri-seri sewaktu melepaskan anak-anak ke sekolah.

6 Jangan lepaskan anak-anak pergi dari jarak yang jauh, misalnya ibu berada di dalam bilik atau di dapur. Sebaik-baiknya hantarlah anak-anak ke muka pintu.

7 Iringi pemergian anak-anak dengan ucapan-ucapan yang memberi semangat. Misalnya ' belajar rajin-rajin', 'hormati guru' dan sebagainya. Cukup sekadar dua tiga ayat.

- Sumber dari NUR November 2002 -