Jumaat, 6 Julai 2012

Niat

Niat...adalah apa yang didorongkan, diinginkan dan dimahukan oleh hati. Justeru hati adalah ketua semua anggota badan dan pemimpin seluruh panca inderanya. Jika pimpinannya baik, maka sihatlah seluruh rakyat yang dipimpin. Timbangan pengabulan di sisi Allah ialah pada hati dan niat, bukan rupa dan lisan.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Semua amalan dikira dengan niat. Setiap orang dipandang pada apa yang diniatkannya." (Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya Allah tidak memandang rupa paras kamu. Tetapi Dia memandang apa yang ada dalam hati kamu." (Riwayat Bukhari)

- Sumber dari NUR Nov 2002 -