Ikhlas dalam pekerjaan merupakan antara ciri-ciri kecantikan Islam. Perbuatan yang melewati batas etika seperti rasuah haruslah dijauhi dan dibenci. Secara tidak langsung, ini boleh mendidik manusia agar menjadi lebih bertanggungjawab dan menghormati adab dalam bekerja.
Sabda Rasulullah s.a.w, "Bahawa Rasulullah telah melaknati orang yang menerima rasuah serta yang menjadi orang tengah untuk rasuah."
(Riwayat Ahmad dan Hakim)
- Sumber dari NUR Disember 2002 -