Ramai wanita bekerjaya hari ini yang memiliki kenderaan sendiri, dari sekecil-kecil kenderaan seperti Kancil hinggalah sebesar-besar kenderaan seperti Mercedez. Kenderaan terutamanya kereta atau pacuan empat roda bukan lagi barang mewah. Ia kini telah menjadi satu keperluan terutamanya bagi anda yang sering bertemu pelanggan atau kerap berurusan di luar pejabat.
Sebagai wanita tentu anda kerap diperlekehkan oleh pemandu lain. Kenapa? Bukan hendak memperkecilkan kebolehan wanita memandu tetapi tidak dapat dinafikan hakikat sebenarnya memang ramai pemandu wanita yang hanya tahu memandu. Bagi mereka asalkan enjin kereta boleh dihidupkan dan kereta boleh jalan, sudah cukup. Tidak kurang juga yang sering panik apabila ditimpa musibah.
Ketahui hak anda sebagai pemandu, belajar mengendalikan kenderaan sendiri dan juga mengetahui selok-belok penjagaannya. Sebagai pemandu atau pemilik kenderaan ada beberapa perkara asas yang perlu anda titikberatkan sebelum anda memulakan perjalanan.
Peralatan
Persediaan peralatan keperluan kenderaan merupakan aspek penting apabila berlaku sebarang kerosakan yang tidak diduga ketika berada di dalam perjalanan.
Peralatan ini begitu diperlukan untuk memperbaikki kerosakan kecil atau anda boleh menggunakannya bagi tujuan penyelenggaraan harian kenderaan sendiri. Berikut adalah alat yang perlu sentiasa ada di dalam kenderaan anda.
A. Alatan Utama
1. Satu set spanar/soket
2. Spanar pembuka palam pencucuh
3. Spanar boleh laras (adjustable spanner)
4. Spanar pembuka tayar (wheel brace)
5. Pemutar skru (screw driver) - jenis rata dan jenis bintang
6. Playar
7. Tukul (hammer)
8. Jek/bicu (Jack)
B. Alatan Tambahan
Ada baiknya jika pemilik kenderaan boleh menyediakan alatan tambahan ini bagi memudah dan menyempurnakan kerja-kerja pembaikan kenderaan.
1. Kabel lompatan (jumper cable)
2. Penyendal tayar
3. Segitiga keselamatan
4. Lampu suluh
5. Kertas pasir (sand paper)
6. Penyembur antikarat (anti rust)
7. Kain bersih
8. Bekas kosong
9. Sebotol air bersih
Apa yang harus anda buat apabila berlaku kemalangan?
1. Hendaklah memberhentikan kenderaan dengan serta-merta di tempat kejadian. Sek. 52(1) RTA 1987
2. Memberi bantuan kepada si mangsa untuk menghantarnya ke hospital.
3. Kenderaan anda boleh diubah jika mengganggu perjalanan lalu lintas.
4. Segera membuat laporan di balai polis yang berhampiran. Laporan hendaklah dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan kecuali anda dirawat di hospital atau lain sebab yang munasabah. Sek. 52(2) RTA
5. Hendaklah menunjukkan (jika diminta) untuk diperiksa dokumen-dokumen seperti lesen memandu, perakuan insuran, cukai jalan dan lain-lain kepada Pegawai Polis. Sek.52(4)(a),(b) & (c) RTA
6. Jika anda melihat sesuatu kemalangan berlaku, anda hendaklah mencatatkan nombor-nombor kenderaan yang terlibat dan memberi maklumat kepada pihak polis.
7. Apabila anda diminta oleh pihak polis untuk memberi apa-apa bantuan yang munasabah kepada mangsa kemalangan, anda hendaklah memberi bantuan tersebut. Sek 52(3) RTA.
Tip Mengelakkan Kemalangan
# Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan selamat.
# Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan lalu lintas.
# Mematuhi isyarat-isyarat dan papan tanda lalu lintas di jalanraya.
# Jangan memandu dalam keadaan mabuk, pening, mengantuk atau letih
# Jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Hendaklah sentiasa bersabar dan bersopan-santun.
# Jangan sekali-kali menuruni bukit tanpa gear iaitu "free gear".
# Jangan sekali-kali berlumba-lumba di jalan raya.
# Jangan sekali-kali makan, minum, merokok, bergurau-senda atau berbual-bual semasa memandu.
# Sentiasa memikirkan tentang adanya halangan-halangan di sekeliling jalanraya iaitu sesuatu keadaan yang menyebabkan pemandu mengubah kederasan dan haluan.
# Sentiasa beringat kemungkinan pengguna jalanraya yang lain tidak mematuhi undang-undang, maka anda hendaklah sentiasa bersedia menghadapi tindakan liar mereka.
# Memberi kesempatan dari segi masa dan jarak pengguna jalan raya yang lain untuk membetulkan kesilapan mereka bagi mengelakkan pelanggaran.
# Memerhati gerak-geri yang dapat diagak ke atas lalu lintas dan pejalan kaki yang boleh menimbulkan halangan.
# Membiasakan diri untuk melatih mengawal kereta dan memeriksanya untuk mengurangkan peluang daripada terlibat dalam kemalangan.
# Sentiasa mengamalkan sikap 'biar lambat asal selamat' dan 'pandu cermat jiwa selamat'.
- Sumber dari NUR November 2002 -