Pemotongan Gaji
Pemotongan gaji oleh majikan hanya boleh dikuatkuasakan di bawah keadaan-keadaan berikut: Seksyen 24 (2)
1. Pembayaran berlebihan oleh majikan yang dibuat dalam tempoh tiga bulan di atas kesilapan majikan
2. Potongan-potongan untuk tanggungan rugi yang mesti dibayar seperti akibat kemungkinan kontrak perkhidmatan dan lain-lain (Seksyen 13 (1))
3. Pembayaran balik pendahuluan gaji (tetapi faedah tidak dikenakan pada pendahuluan-pendahuluan sedemikian) Seksyen 22
4. Potongan-potongan yang dibenarkan oleh sebarang undang-undang yang berkuatkuasa seperti KWSP, Perkeso, cukai pendapatan dan lain-lain.
5. Potongan yang dibuat di atas permintaan pekerja secara bertulis berhubungan dengan langganan, yuran-yuran sebagai ahli kesatuan sekerja dan lain-lain, ansuran pinjaman dan faedah atau bayaran-bayaran lain.
6. Pemotongan terhadap bayaran untuk mana-mana saham perniagaan majikan yang ditawarkan untuk jualan oleh majikan dan dibeli oleh pekerja (Seksyen 24 (3) (b)) atau
7. Pemotongan yang dibuat di atas permintaan bertulis pekerja dan dengan kebenaran terlebih dahulu dari Ketua Pengarah Buruh di bawah syarat-syarat berikut:
a) Pemotongan-pemotongan untuk bayaran yang dibuat terhadap mana-mana skim persaraan, tabung simpanan pekerja, skim kebajikan yang ditawarkan oleh pekerja, atau skim insuran yang ditubuhkan untuk faedah pekerja : Seksyen 24 (4) (a).
b) Pemotongan-pemotongan untuk bayaran ke atas wang pendahuluan ke atas gaji yang diberi kepada pekerja-pekerja di bawah Seksyen 22, di mana faedah dikenakan ke atas wang pendahuluan tersebut dan pemotongan-pemotongan untuk bayaran faedah yang dikenakan.
c) Pemotongan-pemotongan ke atas bayaran-bayaran yang dibuat oleh pihak ketiga bagi pihak pekerja.
d) Pemotongan-pemotongan ke atas sebarang sewa untuk tempat penginapan atau perkhidmatan makanan dan minuman yang disediakan oleh majikan kepada pekerja itu di atas permintaan pekerja itu sendiri, atau dia bawah syarat-syarat kontrak perkhidmatan pekerja.
e) Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Buruh tidak akan membenarkan sebarang pemotongan ke atas bayaran-bayaran yang dibuat di bawah Seksyen kecil 4(e) melainkan beliau berpuas hati bahawa penyediaan tempat penginapan, perkhidmatan makan dan minuman tersebut adalah untuk faedah pekerja tersebut.
f) Pemotongan-pemotongan dari gaji pekerja (di atas permintaan secara bertulis dari pekerja tersebut) untuk sebarang kredit atau hutang yang ditanggung oleh pekerja tersebut untuk barang makanan; barang-barang runcit atau lain-lain barang yang diambil dari mana-mana kedai yang sah didaftarkan oleh syarikat kerjasama.
Jumlah Potongan
Jumlah maksimum potongan daripada gaji seorang pekerja dalam mana-mana 'tempoh penggajian' iaitu dalam mana-mana satu bulan, tidak seharusnya melebihi 50 peratus daripada gaji yang diperolehi pekerja dalam tempoh penggajian.
Bagaimanapun had tersebut tidak terpakai pada sebarang potongan daripada tanggungan rugi yang mesti dibayar oleh pekerja kepada majikan kerana memungkiri kontrak perkhidmatan bagi menggantikan notis. Ini termasuklah mendapatkan semula sebarang jumlah wang yang terhutang oleh pekerja kepada majikannya yang potongan daripada gaji terakhirnya melebihi 50 peratus (Seksyen 24 (8)). Jumlah potongan paling tinggi 50 peratus daripada gaji boleh ditambahkan 25 peratus lagi apabila jumlah pembayaran balik keseluruhan atau sebahagian pinjaman perumahan.
Jumlah Maksimum Pendahuluan Gaji
Jumlah maksimum pendahuluan gaji yang boleh diberikan kepada pekerja tidak harus melebihi sebulan gaji pekerja tersebut, kecuali pendahuluan berkenaan dibuat bagi membolehkan beliau : (Seksyen 22)
1. Membeli rumah atau membina atau mengubahsuai sebuah rumah atau
2. Membeli tanah atau
3. Membeli binatang ternakan atau
4. Membeli sebuah kereta, motorsikal atau basikal atau
5. Untuk tujuan-tujuan lain sepertimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Buruh.
- Sumber dari NUR November 2002 -
