Jumaat, 8 Jun 2012

Indahnya Kediaman Melalui Amalan Penghuninya

Allah swt sukakan kepada keindahan. Menghayati keindahan adalah nikmat yang dianugerahkanNya kepada umat manusia. Keindahan bukan cantik di luaran sahaja malah akan terpancar dengan sendirinya jika disertai dengan nilai-nilai baik yang diterapkan. Ini termasuklah apabila kita membina sebuah kediaman sempurna  dan sederhana untuk kebahagiaan keluarga. Penghuninya saling bantu-membantu dan membahagiakan tugas-tugas rumah di antara mereka.

Sebagaimana firman Allah :
"Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu rumah-rumah (khemah-khemah) dari kulit binatang ternak yang kamu merasa ringan (membawanya) di waktu kamu bermukim dan (dijadikanNya pula) dari bulu lembu, unta dan kambing, alat-alat rumah tangga dan perhiasan (yang kamu pakai) sampai waktu (tertentu).
(Surah An-Nahl : Ayat 80)