Jumaat, 1 Jun 2012

Harta Kekayaan Dalam Islam

Memilki harta yang banyak seperti kediaman besar dengan segala peralatan yang mewah dan mahal bukanlah lambang kekayaan sejati dalam Islam. Islam adalah agama yang mementingkan kesederhanaan. Rezeki yang melimpah ruah hendaklah dikongsi bersama umat Islam yang lain. HambaNya yang takbur seperti suka menunjuk-nunjuk kekayaannya tergolong dalam ahli-ahli neraka yang menafikan kuasa Allah sebagai pencipta dunia ini.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., baginda bersabda :
"Kaya itu bukan kerana banyak harta, tetapi kaya itu adalah kaya jiwa."

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Allah berfirman : Hai anak Adam, belanjakanlah hartamu di jalan kebaikan, maka Aku akan membelanjaimu!"