Setiap pasangan suami isteri pasti menyemat hasrat untuk mendapatkan zuriat dari ikatan perkahwinan yang suci. Secara semulajadi, tubuh wanita mampu menghasilkan zuriat pada tahap tertentu. Selain usaha berterusan, usia juga memainkan peranan utama untuk mendapatkan cahayamata.
Menyentuh persoalan wanita lewat berkahwin, pastinya menjadi harapan untuk mendapatkan anak secepat mungkin sebelum tiba usia yang menjejaskan tahap kesihatan ibu dan kandungan. Bagi mengetahui lebih lanjut perubahan dan risiko berkahwin lewat ikuti penerangan Dr Ummul Wahiy Abdul Hakim, konsultan Obstetrik & Ginekologi (O&G), dari sebuah pusat perubatan swasta.
Menurutnya, secara am gadis remaja akan didatangi haid pada usia 12 tahun namun ada juga yang lebih awal kerana pengambilan zat makanan yang sempurna. Perubahan fizikal akan dialami secara beransur-ansur. Selepas itu sehingga tempoh menapaus iaitu lebih kurang pada usia 52 tahun mengikut pukul rata rakyat Malaysia, wanita mampu melahirkan zuriat.
"Secara teori, kemampuan seseorang wanita untuk mendapatkan zuriat boleh difahami melalui teori Survival of the fittes. Teori ini menegaskan bahawa wanita yang sihat mampu melahirkan baka yang sihat juga. Namun merujuk kepada isu lewat berkahwin, kita perlu melihat dari segi kematian ibu (MMR) dan kadar kematian bayi (PNNR). Kedua-dua ini merupakan indikasi ke atas kegagalan ibu dan bayi untuk hidup semasa atau selepas bersalin," jelasnya.
Sambil menunjukkan carta kadar kematian, Dr Ummul menegaskan bahawa umur optimum atau terbaik untuk seseorang wanita melahirkan anak ialah pada usia sekitar 20-an. Pada usia muda, risiko kematian ibu (MMR) adalah 10 kali lebih kurang berbanding wanita berusia 40-an, dan kadar kematian bayi 3 kali lebih kurang.
"Bagi memudahkan rujukan, secara saintifik di Malaysia, usia 37 tahun baru dikatakan agak berumur atau berisiko tinggi untuk mendapatkan anak. Bagaimanapun kita harus faham alasan wanita lewat berkahwin seterusnya lewat mendapatkan anak. Antara alasannya ialah kerjaya menuntut tumpuan lebih. Ada antaranya tidak menggalakkan wanita berkahwin dalam masa tertentu. Selain itu hasrat untuk menstabilkan ekonomi juga menyebabkan ramai wanita menunda tarikh perkahwinan jauh sekali mendapatkan anak dalam masa terdekat," terangnya panjang lebar.
Menjelas dengan lebih lanjut dia mengatakan bahawa tidak banyak syarikat yang mahu menyediakan tempat penjagaan anak-anak. Lumrah seorang ibu mahu memberi yang terbaik kepada anaknya. Ibu akan memastikan kemudahan untuk anak-anak membesar tersedia baik. Apabila keadaan sekitar tidak mengizinkan, pastinya ramai wanita terpaksa berfikir dua kali untuk berkahwin awal.
"Sebagai seorang doktor kami kadang-kala terperangkap dalam situasi rumit sama ada membenarkan wanita lewat usia untuk meneruskan kandungan atau menggugurkannya terutama sekali apabila ia merupakan kandungan pertamanya. Apa yang kami lakukan hanyalah memberi nasihat dan cadangan tertentu. Secara kitarannya, tahap kesihatan badan berkurangan mengikut peningkatan usia. Kadar tekanan darah tinggi akan naik dan dibimbangi serangan kencing manis yang banyak dilaporkan di kalangan lewat usia menjejaskan kandungan. Kemampuan tubuh untuk memperbaiki tisu atau sel pasti berkurangan dan ini sangat bahaya. Selain itu, kemungkinan besar, kandungan menghadapi masalah uri lekang atau 'abruptio placenta' tidak dapat dielakkan. Tumbesaran bayi mungkin akan terganggu (IUGR) kerana kegagalan rahim membekalkan zat dan oksigen. Kemungkinan kandungan gugur atau bayi mati semasa atau sebelum bersalin serta tempoh menahan kesakitan semasa proses melahirkan lebih lama adalah risiko yang terpaksa ditempuhi," tegasnya.
Menurutnya, wanita yang lewat berkahwin atau mengandung secara tidak langsung akan membahayakan nyawa bayi. Antara risikonya ialah bayi akan menghidap sindrom Down's kerana kromosom abnormal. Semasa tempoh kandungan 8-12 minggu, doktor akan menasihati wanita tersebut untuk membuat ujian pre-natal untuk melihat sama ada kandungan normal atau tidak. Kaedah chrorionic villus sampling (CVS) akan dilakukan bagi melihat keadaan kromosom. Bagaimanapun pilihan untuk ujian terletak di tangan ibu mengandung.
Selain itu, kemungkinan mendapat bayi kembar juga ada dan ini sangat merbahaya kerana kebiasaannya bayi kembar akan lahir lebih awal. Pendarahan yang banyak mungkin akan terjadi menyebabkan risiko kematian akan berganda.
Merujuk kepada persoalan kesuburan, Dr Ummul menegaskan bahawa adalah sesuatu yang normal apabila kesuburan menurun mengikut peningkatan usia. Kesan ketara penurunan mendadak adalah pada usia lewat 30 dan awal 40. Bagaimanapun kesuburan boleh diatasi dengan beberapa kaedah klinikal seperti menggunakan teknik bantuan Assisted Reproductive Techniques (ART) seperti pengambilan ubat subur, IVF dan suntikan.
"Apa salahnya mencuba. Tetapi ada juga yang berasakan apabila sudah tua, tidak perlulah untuk bersusah payah. Ada juga menganggap tahap rangsangan seks berkurang selepas empat atau lebih orang anak. Ini semuanya tanggapan salah. Fungsi rangsangan seks atau libido wanita masih baik sebelum mereka menapaus. Keperluan hubungan intim pasangan suami isteri tidak berkurangan kerana usia. Wanita yang lewat berkahwin tidak perlu bimbang tentang perkara ini. Jangan jadikan tanggapan negatif masyarakat terhadap keintiman anda menggugat hubungan. Cuma mereka perlu membuat inisiatif lebih agar hubungan sentiasa hangat," terangnya menjawab persoalan yang sering disalahtafsirkan oleh masyarakat.
Kepada wanita yang lewat berkahwin serta mahu mendapatkan anak dalam masa terdekat, perbincangan dengan suami serta mengikut nasihat doktor adalah cara terbaik yang perlu diambil.
- Sumber dari NUR Disember 2002 -