Jumaat, 14 Jun 2013

Terima Kasih

Terima kasih kepada pagi
yang menatang angin lembut
serta nyaman

Terima kasih kepada mentari
yang membawa sinar terang
lagi indah

Terima kasih kepada sihat
yang tidak menjadikan aku sakit
hingga boleh membaca
serta mencatat ilham
untuk menulis beberapa buah puisi

Terima kasih
dan kesyukuran pada Tuhan
kerana telah membenarkan aku
hidup sehari lagi
pada hari ini.

Nukilan
Zahari Hasib,
Teluk Intan

- Sumber dari NUR Nov 2002 -