Jumaat, 7 Jun 2013

Dunia Diibaratkan Padang Permainan

Dunia diibarat padang permainan yang dipenuhi pelbagai keseronokan dan kegembiraan. Firman Allah: "Sebenarnya kehidupan dunia itu adalah permainan, kegembiraan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megahan di antara kamu dan berbanyak-banyak dalam harta kekayaan dan anak-pinak." (al-Hadid:20)

Bagaimanapun Allah juga menegaskan bahawa kegembiraan tersebut adalah ujian untuk menduga kekuatan dan keimanan manusia. Oleh itu, bersederhanalah dalam tindakan dan amalan.

Hal ini diperingatkan melalui firmanNya: "Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa-apa yang ada di atas muka bumi sebagai perhiasan untuk Kami menguji mereka, siapakah di antara mereka itu yang amat baik amalannya." (al-Kahfi:7)

- Sumber NUR Nov 2002 -