Jumaat, 22 Jun 2012

Ketakwaan & Kesabaran

Jika kita berbalah-balahan
Carilah jalan penyelesaian
Berdasarkan Al Quran dan Hadith
Mampu kita hadapi

Jika kita dihujani dugaan dan cabaran
Hadapilah dengan hati yang tenang
Kerana pastinya dugaan dan cabaran itu
Mampu kita hadapi

Berwaspadalah kita dengan hasutan syaitan
Walau sehebat mana iman kita
Durjana itu pasti akan cuba membolosi
Keimanan kita, supaya kita mengekori jalannya

Awasilah iman kita
Siramilah ia dengan ketakwaan dan kesabaran
Supaya haruman syurga firdaus dapat kita nikmati.

Nukilan Nur Hidayah Salleh

- Sumber NUR Pengenalan -