29 Muharram 1435
Penulis : Salina Ibrahim
Sebagai seorang muslim, apa perasaan anda apabila orang Islam dikatakan tidak menunjukkan contoh yang baik, sekaligus tidak berupaya menterjemahkan keindahan Islam melalui tindakan zahir mereka? Memang ia kedengaran sakit dan melukakan tetapi itu adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan.
Pendakwah yang tidak asing lagi, Ustaz Hussain Yee Abdullah ketika menceritakan saat-saat beliau tertarik kepada Islam lebih 30 tahun lalu, mengakui beliau tidak melihat keindahan Islam melalui amalan zahir penganut Islam. Ini kerana katanya, rata-rata orang Islam bersikap pasif dan menganggap agama milik mereka sahaja dan tiada kena-mengena dengan orang lain. Kerana tanggapan itu katanya, mereka tidak menganggap Islam penting untuk disebarkan, sebaliknya di kalangan mereka sendiri.
"Kalau orang tanya, siapa yang menarik saya kepada Islam, jawapannya tiada siapa. Saya berkawan dengan orang Melayu sejak sekolah. Tetapi tiada siapa yang memberitahu saya mengenai Islam, mendekatkan saya kepada Islam. Ikhlas saya katakan, secara zahir memang tidak nampak keindahan Islam. Keindahannya hanya dapat dirasai apabila kita membaca dan mengkaji agama itu sendiri. Disebabkan itu, ada ulama berkata, keindahan Islam tertutup oleh orang Islam sendiri kerana mereka tidak menghayati Islam. Dengan kata lain, orang Islam lebih mementingkan adat daripada agama," katanya.
Hussain mengenali Islam melalui pembacaan. Ketika zaman remajanya di Kampung Makam, Pulau Pinang, beliau selalu ke kedai buku. Membaca buku-buku sejarah Islam menjadi kegemarannya. Kisah perjuangan Saidina Umar al-Khatab antara yang kuat terkesan di hatinya dan menarik beliau untuk memeluk Islam.
Masuk Melayu - Hati emak terguris
Di Masjid Pakistan, Pulau Pinang, beliau diislamkan oleh imam (allahyarham) Maulana Hafiz Yaakub al-Ansari dan turut mendapat bimbingan mengenai Islam. Selama empat tahun, Hussain menetap di masjid sekitar Pulau Pinang semata-mata untuk mendalami Islam dengan lebih baik. Ketika itu beliau juga agak bimbang dengan penerimaan ibu mengenai pengislamannya.
"Saya anak lelaki bongsu dalam keluarga. Bapa sudah meninggal ketika itu. Adik-beradik lain tidak kisah, tapi emak agak terguris dengan keputusan saya. Dia salah faham, bimbang saya masuk Melayu kerana dia melihat Islam seolah-olah milik orang Melayu. Kerana itu saya fikir, lebih baik menjauhkan diri buat sementara waktu," ujarnya.
Untuk menampung kehidupan ketika itu, Hussain bekerja di bahagian keselamatan sebuah syarikat perkapalan bersama seorang rakan. Beliau bersyukur kerana rakannya itu sangat memahami keinginannya untuk belajar agama. Apabila cukup sejumlah wang yang dikumpulnya, beliau akan bercuti lama untuk membolehkannya belajar.
Katanya, beliau berbuat begitu semata-mata untuk memberikan komitmen dalam menuntut ilmu. Mengenali Islam yang sebelum ini agak asing kepadanya, beliau harus banyak berkorban masa dan tenaga. Beliau berpendirian, mahu memberikan tumpuan belajar secara sepenuh masa dan tidak mahu belajar 'separuh-separuh' sahaja.
Hasil kerja keras dan minat untuk belajar agama telah membawa Hussain ke Universiti Islam Madinah untuk mendalami pengajian dakwah dan hadis dari tahun 1972 sehingga 1978. Selama enam tahun beliau disara oleh biasiswa universiti tersebut. Selain sedikit asas agama yang diperolehi di Pulau Pinang, beliau memulakan pengajian dari titik kosong untuk mendalami ilmu agama.
"Yang penting niat. Saya yakin itu. Jika ada niat untuk mencari keredhaan Allah, insyaa-Allah segala dugaan dapat diatasi," ujarnya.
Hijrah ke Kuala Lumpur
Hussain mendirikan rumahtangga dengan Nariman Ahmad yang berasal dari Johor pada tahun 1978. Mereka beroleh tiga orang anak iaitu Muhammad Imtiaz,23, pelajar Kejuruteraan Elektronik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Wafa, 22, pelajar aliran agama di Umul Qura Mekah, dan Ahmad Basil, 17, pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Damansara.
Selepas beberapa tahun berdakwah di Pulau Pinang, Hussain dan keluarga berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 80-an untuk menjadi pendakwah di Perkim. Hijrahnya itu sebagai memenuhi undangan Setiausaha Agung Perkim ketika itu, Datuk Ahmad Nordin, yang pernah mendengar ceramahnya di Kedah.
Hussain juga adalah pengasas Pertubuhan al-Khadeem, yang didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan tumpuan khusus kepada aspek kebajikan tanpa mengira kaum. Al-Khadeem bermaksud 'yang berkhidmat' besar ertinya kepada Hussain kerana beliau berhasrat untuk menonjolkan keindahan Islam. Melalui al-Khadeem, beliau berjaya mewujudkan satu sukarelawan yang komited dalam hal-ehwal kebajikan masyarakat.
Antara kegiatan mereka ialah mengadakan kelas agama untuk anak yatim, anak terbiar dan golongan miskin. Di rumah aktiviti al-Khadeem di Taman Maluri, mereka membuka rumah perlindungan kanak-kanak sepenuh masa yang memberikan keutamaan kepada kanak-kanak yatim, anak ibu tunggal dan miskin.
Selepas 30 tahun menjadi muslim, Hussain bersyukur kerana berjaya mengislamkan ratusan saudara baru serta memberikan bimbingan kepada mereka. Ramai juga 'anak angkat'nya yang berjaya dibimbing sehingga berjaya mengenali Islam dengan baik. Menyentuh hubungan dengan anggota keluarga yang lain, beliau mengakui masih mengekalkan hubungan akrab dengan mereka walaupun berlainan kepercayaan. Setiap tahun, mereka sekeluarga akan bertemu dan bercuti untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Malah katanya, setiap kali berkumpul, mereka lebih senang bertutur dalam bahasa Inggeris dan Hokkien.
Usaha ditentang
"Adik-beradik saya sangat menyokong usaha saya. Mereka bangga dengan pencapaian saya dan saya juga berbangga dengan mereka," ujarnya yang merupakan anak keempat dari enam beradik.
Beliau tidak menafikan dalam usaha dakwahnya, memang ada cabaran yang harus didepani. Antaranya beliau agak terluka apabila usaha dakwahnya tidak disenangi oleh orang Islam sendiri. Namun Hussain enggan meremehkan hal tersebut kerana katanya masyarakat sangat dahagakan Islam dan mereka mahukan kebenaran.
"Apabila cabaran itu datang daripada orang Islam sendiri, ia agak menyedihkan. Kadangkala sikap mereka tidak menampakkan keikhlasan. Sikap mereka very judgmental," katanya.
Dalam pada itu beliau meletakkan harapan tinggi untuk melihat kerja-kerja dakwahnya dikembangkan oleh anak-anaknya dan rakan-rakannya. Sehingga kini, beliau bangga kerana anak-anaknya sangat mencintai kerja-kerja berbentuk kesukarelaan dan kebajikan.
"Mereka terdedah dengan kerja kebajikan sejak kecil. Anak sulung saya umpamanya, selalu mengadakan lawatan ke rumah orang tua dan anak yatim. Anak yang kedua juga begitu. Biasanya dia suka masak makanan untuk disedekahkan kepada anak-anak miskin di Masjidil Haram. Mudah-mudahan mereka dapat meneruskan usaha saya," katanya.