14 Muharram 1435
'Team Work' atau Kerja Berkumpulan merupakan perkara paling penting bagi anda yang berkerjaya. Banyak kejayaan oleh beberapa syarikat adalah hasil daripada semangat kerja berpasukan yang baik dalam satu-satu jabatan. Selain memudahkan tugas, kerja berpasukan juga berupaya menyatupadukan seluruh kakitangan jabatan dalam menjayakan peningkatan kualiti. Semangat ini dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen dan penyertaan kakitangan secara menyeluruh di dalam program-program peningkatan kualiti atau bidang tugas yang diperkenalkan oleh jabatan.
Peningkatan kualiti atau perlaksanaan tugas yang besar bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada kakitangan secara individu. Ini kerana masalah-masalah dalam premis kerja adalah terlalu kompleks dan melibatkan berbagai bahagian dan sistem yang sedia ada di dalam sesebuah organisasi. Oleh itu lazimnya masalah tersebut adalah di luar kemampuan individu. Dalam keadaan yang demikian setiap pihak dalam jabatan perlu betindak secara berpasukan supaya kekuatan dan sumber yang ada dalam jabatan dapat digembelengkan sepenuhnya.
Satu kajian telah dijalankan dan didapati banyak manfaat yang akan diperolehi oleh jabatan dengan melaksanakan tugas secara berpasukan. Antaranya:
1 Berbagai bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian yang berkesan.
2 Bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral kakitangan dan kepuasan bekerja kerana mereka sama-sama diberi peluang menyelesaikan masalah-masalah dan melaksanakan tugas di jabatan.
3 Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh pelbagai kakitangan dan bahagian boleh diselesaikan dengan cepat dan berkesan.
4 Cadangan yang dibuat oleh kakitangan secara berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan cadangan-cadangan yang dibuat oleh individu.
Meningkatkan kualiti
Apabila kakitangan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan secara langsung boleh mengukuhkan tiga aspek penting kepada proses peningkatan kualiti. Aspek-aspek ini mencakupi :
a) Pertukaran maklumat dan idea-idea dengan lebih meluas
Melalui penyertaan di dalam aktiviti-aktiviti berpasukan, anda akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja. Proses ini akan mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti kerja yang dijalankan
b) Semangat saling percaya-mempercayai di kalangan kakitangan
Dalam suasana kerja berpasukan, kakitangan mudah menjalinkan perasaan percaya-mempercayai sasama mereka. Dengan perasaan ini, individu akan merasa bebas dan lebih yakin untuk bertindak dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dengan itu mereka akan dapat membuat keputusan dengan cepat, menggunakan budi bicara dengan sempurna dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di dalam diri masing-masing bagi menggerakkan proses peningkatan kualiti.
c) Komunikasi yang lancar di dalam organisasi
Perasaan percaya-mempercayai yang ada di kalangan kakitangan memudahkan proses komunikasi di dalam jabatan. Dengan ini bahagian-bahagian dan unit-unit di dalam jabatan bebas berhubung antara satu sama lain untuk berkongsi data dan maklumat serta sumber-sumber lain. Ini seterusnya memupuk kerjasama dan keadaan saling bergantungan di kalangan bahagian-bahagian dan unit, yang mana akhirnya boleh mambantu memantapkan prestasi jabatan.
Bagaimana mewujudkan semangat berpasukan?
Semangat berpasukan di kalangan kakitangan boleh diperkukuhkan melalui usaha yang bersungguh-sungguh oleh pihak pengurusan. Tindakan atau langkah-langkah yang sesuai boleh diambil bagi tujuan ini. Cuba praktikkan cara berikut :
a) Menjalankan kempen kesedaran
Kempen ini bertujuan menarik minat dan kesedaran kakitangan tentang perlunya semangat berpasukan dalam organisasi. Kempen ini boleh dilakukan melalui sesi ceramah, taklimat, tayangan video dan risalah-risalah. Aspek-aspek yang sesuai ditekankan di dalam kempen ini ialah:
- Konsep semangat berpasukan
- Faedah kepada prestasi kerja individu
- Faedah kepada organisasi
- Peranan individu untuk menjayakan semangat berpasukan
- Bentuk-bentuk sokongan yang disediakan oleh organisasi
b) Mengadakan latihan
Latihan diadakan untuk melengkapkan kakitangan dengan pengetahuan dan kemahiran asas bagi menjalankan kerja secara berpasukan. Dengan ini mereka akan dapat memberikan sumbangan dengan berkesan kepada 'Pasukan Kerja' yang mereka anggotai. Semasa latihan, pihak pengurusan boleh memberi penekanan terhadap kemahiran-kemahiran berikut :
- Kepimpinan bagi Pasukan Kerja
- Penetapan objektif dan aktiviti Pasukan
- Kemahiran berkomunikasi
- Teknik-teknik penyelesaian masalah
c) Mewujudkan struktur pasukan
Semangat berpasukan di kalangan kakitangan akan dapat dimanfaaatkan sepenuhnya apabila jabatan mewujudkan struktur-struktur seperti Pasukan Kerja, Pasukan Petugas, Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dan sebagainya. Melalui struktur ini, individu akan dapat menyalurkan sumbangan mereka secara sistematik dan berkesan. Pihak pengurusan pula boleh menggunakan pasukan-pasukan ini untuk menjelaskan dasar-dasar jabatan tentang peningkatan kualiti.
d) Memberi lebih kuasa bertindak (empowerment) kepada pasukan kerja.
Prestasi Pasukan Kerja di jabatan akan cemerlang apabila pihak pengurusan memberikan lebih kuasa bertindak (empowerment) kepada mereka. Melalui tindakan ini Pasukan Kerja mampu bertindak balas dengan cepat dan menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk menyelesaikan masalah kualiti kerja. Pihak pengurusan boleh melaksanakan boleh melaksanakan empowerment di dalam berbagai bentuk seperti
- Penurunan kuasa
- Menyediakan kemudahan dan sumber yang mencukupi untuk menjalankan kerja
- Memberi kepercayaan untuk menjalankan kerja-kerja yang lebih besar dan penting
- Memberi peluang kepada Pasukan-pasukan Kerja untuk turut serta dalam penggubalan matlamat kualiti jabatan
Prestasi Pasukan Kerja di jabatan akan cemerlang apabila pihak pengurusan memberikan lebih kuasa bertindak (empowerment) kepada mereka. Melalui tindakan ini Pasukan Kerja mampu bertindak balas dengan cepat dan menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk menyelesaikan masalah kualiti kerja. Pihak pengurusan boleh melaksanakan boleh melaksanakan empowerment di dalam berbagai bentuk seperti
- Penurunan kuasa
- Menyediakan kemudahan dan sumber yang mencukupi untuk menjalankan kerja
- Memberi kepercayaan untuk menjalankan kerja-kerja yang lebih besar dan penting
- Memberi peluang kepada Pasukan-pasukan Kerja untuk turut serta dalam penggubalan matlamat kualiti jabatan
e) Memberi pengiktirafan
Kejayaan yang dicapai oleh Pasukan Kerja perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya oleh jabatan. Pengiktirafan yang sewajarnya oleh jabatan. Pengiktirafan ini adalah bukti bahawa jabatan benar-benar menghargai sumbangan mereka dan nilai bekerja secara berpasukan. Dengan itu kakitangan akan lebih bermotivasi untuk mengamalkan semangat berpasukan dan komited terhadap nilai berkenaan.
- Sumber dari NUR Januari 2003 -
Kejayaan yang dicapai oleh Pasukan Kerja perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya oleh jabatan. Pengiktirafan yang sewajarnya oleh jabatan. Pengiktirafan ini adalah bukti bahawa jabatan benar-benar menghargai sumbangan mereka dan nilai bekerja secara berpasukan. Dengan itu kakitangan akan lebih bermotivasi untuk mengamalkan semangat berpasukan dan komited terhadap nilai berkenaan.
- Sumber dari NUR Januari 2003 -