Jumaat, 18 Oktober 2013

Perniagaan perlu tambah nilai untuk berjaya

Tip Pilihan Irfan Khairi:

     Sememangnya dalam perniagaan saya sering mengatakan untuk kita mulakan perniagaan yang sedia mempunyai PERMINTAAN (demand). Ia adalah lebih mudah menjalankan perniagaan yang sedia mempunyai PERMINTAAN oleh kerana pelanggan yang akan mencari anda!
     Namun begitu jangan lupa juga dengan PENAWARAN (supply). Sekiranya PERMINTAAN tinggi, ianya tidak semestinya sesuatu yang bagus sekiranya PENAWARAN juga tinggi. Dalam konteks ini, ertinya PERSAINGAN.
     Tidak kira betapa tinggi permintaan perniagaan itu, sekiranya persaingan adalah terlalu tinggi, maka masih lagi sukar mencari keuntungan.
     Zaman ini, PENAWARAN atau persaingan adalah amat tinggi tidak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan. Satu cara untuk menangani keadaan persaingan terlalu tinggi, adalah dengan cara ADD VALUE atau menambah nilai produk dan perkhidmatan anda.

Fikirkan bagaimana anda boleh tambahkan nilai produk dan perkhidmatan anda. Antara cara-caranya adalah:
   - Ketika raya hari tu, ramai yang menjual kuih raya (Penawaran tinggi), tetapi, ada satu peniaga kuih raya ni, menambah nilai kuih rayanya dengan menyediakan dalam bekas yang amat cantik dan kelihatan mahal untuk dijadikan sebagai "gift" !
   - Di kawasan perumahan saya, ada beberapa gerai menjual nasi lemak berlauk bungkus pagi-pagi. Semua lebih kurang sama sahaja, tetapi satu gerai tu memberi tambahan nilai dengan cara menyediakan barisan untuk beratur...so, tak la terjadi orang potong q macam gerai-gerai lain.
   - 7-11 memberi penambahan nilai kepada pelanggan-pelanggan dengan cara membuka 24jam sehari.

     Belajar dari perniagaan di sekeliling anda. Cuba lihat apakah penambahan nilai yang dilakukan untuk menarik lebih ramai pelanggan?