Setiap penyakit ada ubatnya. Kerana itu, umat
Islam dianjurkan menjaga kesihatan sebagai
salah satu cara mengelakkan datangnya penyakit.
Bagaimanapun sekiranya seseorang diserang
sesuatu penyakit, mereka haruslah mengambil ubat
yang sesuai untuk mengelakkan penyakit melarat.
Apa sahaja kaedahnya dibolehkan, asalkan
tidak melanggar syariat dan membawa kepada kekufuran.
Dari sudut rawatan, Jabir berkata,
Rasulullah pernah bersabda, " Setiap penyakit
ada ubatnya. Apabila tepat ubat sesuatu
penyakit, tentu penyakit itu sembuh dengan
izin Allah."
Dalam suatu kisah yang lain, Jabir bin Abdullah berkata,
dia mengunjungi al-Muqanna yang sedang sakit. Kemudian
dia berkata, "aku tidak akan meninggalkan tempat ini
sehingga engkau berbekam." Jabir mendengar Rasulullah
bersabda, "Sesungguhnya berbekam itu adalah suatu cara
pengubatan (rawatan)."
(Riwayat Muslim)
- Sumber dari NUR Disember 2002 -