Jumaat, 25 Oktober 2013

Janji

Apabila berjanji, berusahalah untuk
   menunaikannya. Ini kerana janji
      diumpamakan seperti hutang atau suatu
         pemberian.
            Sabda Rasulullah s.a.w., "Janji
               adalah sebagai suatu pemberian."
                  (Riwayat Thabarani)
                     Sabda Baginda lagi, "Janji itu
                        adalah hutang." (Riwayat Thabarani
                           dan Abu Daud)

     Malah Rasulullah s.a.w. juga mengingatkan perbuatan mengengkari janji adalah termasuk dalam tindakan orang yang munafik.
     Baginda bersabda, "Tiga perkara ini apabila ada pada seseorang, akan menjadikannya seorang yang munafik walaupun dia berpuasa dan bersembahyang iaitu, apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji tidak ditepati dan apabila dipercayai dia mengkhianati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)