Oleh Irfan Khairi :
Adakah terdapat caranya memulakan perniagaan tanpa sebarang modal? Bunyinya agak mustahil bukan? Artikel saya kali ini akan menunjukkan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan Internet tak kira, menjual apa sahaja, sama ada kamera, permainan, komputer, buku, apa sahaja tanpa modal. Dan yang lagi menarik, ia boleh dilakukan hari ini!
Bagaimanakah caranya?
Caranya adalah menjalankan perniagaan berbentuk affiliate. Perniagaan affiliate dalam kata mudahnya bermaksud, anda menjual produk dan perkhidmatan perniagaan yang sedia ada, dan anda menerima komisyen atas setiap jualan.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menjual kamera, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan Internet yang menjual kamera, dan menjual kamera mereka. Anda akan mendapat komisyen.
Sekiranya anda ingin menjual komputer, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan Internet yang menjual komputer, dan menjual komputer mereka. Anda akan mendapat komisyen.
Sekiranya anda ingin menjual buku, anda hanya perlu sertai program affiliate perniagaan perniagaan Internet yang menjual buku, dan menjual buku mereka. Anda akan mendapat komisyen.
Tak kira apa sahaja produk dan perkhidmatan yang anda ingin jual di Internet, kini, terdapat berbagai-bagai program affiliate yang anda boleh sertai dan memulakan perniagaan anda!
Berminat hendak menjual kamera? Sertai program affiliate seperti Amazon.com. Berminat menjual permainan di Internet? Sertai program affiliate seperti Toys R Us. Berminat menjual buku di Internet? Sertai program affiliate seperti Barnes & Nobel.
Di atas adalah beberapa contoh sahaja perniagaan besar-besaran yang menjalankan perniagaan berbentuk affiliate. Terdapat banyak lagi perniagaan yang lain yang juga turut memberi pulangan komisyen yang lebih tinggi.
Program affiliate adalah percuma untuk disertai, oleh itu, tiada modal diperlukan. Apabila anda telah mendaftar secara percuma mana-mana program affiliate yang anda berminat (bukan sekadar contoh di atas sahaja), anda mempromosikannya di blog, laman web, facebook dan juga email anda! Dengan hanya menyertai program affiliate, anda boleh memulakan perniagaan tanpa modal, hari ini!
- Sumber dari RahsiaInternet.com (23/09/2010) -