Sabtu, 6 Julai 2013

Beberapa Tip Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail Dalam Mendidik Anak

1 Sebaik-baiknya ajar anak-anak supaya mengamalkan ayat al-Quran tertentu. Umpamanya semasa mereka masuk tidur, galakkan mereka membaca sendiri surah 3 Qul (Surah an-Nas, al-Falaq dan al-Kafiruun) atau doa penerang hati.

2 Dedahkan anak kepada doa sejak kecil supaya mereka belajar mendoakan diri sendiri. Apabila berdoa, secara tidak langsung, mereka mendisiplinkan diri sendiri.

3 Ibu bapa digalak supaya selalu mendoakan anak terutama selepas solat demi kebaikan mereka.

- Sumber dari NUR November 2002 -