Jumaat, 28 Jun 2013

Galakan Melancong

...turut mendapat perhatian dalam Islam untuk menggalakkan umatnya melihat dan mengambil iktibar daripada apa yang dilihat. Justeru tempat bersejarah patut diberikan keutamaan kerana ia mampu mencetuskan kesedaran dan keinsafan dalam diri.

Firman Allah : "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang terdahulu (yang telah dibinasakan), kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik." (ar-Ruum:42)

Allah juga berfirman dengan maksud yang sama : "Mengembaralah kamu di atas muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu." (al-An'aam:11)

- Sumber dari NUR Nov 2002 -