Jumaat, 20 Julai 2012

Kebersihan Yang Dituntut

Aspek kebersihan baik dalam berpakaian dan amalan memang dituntut agama. Ini kerana kebersihan adalah cerminan kepada Islam yang merupakan agama suci dan mulia.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Bersihkanlah dirimu kerana sesungguhnya Islam itu bersih" (Riwayat Ibnu Hibbah)

Lebih daripada itu, aspek keebersihan, kerapian dan kekemasan ini mempunyai kaitan rapat dengan nilai iman seseorang muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Kebersihan itu menyeru kepada keimanan dan keimanan pula akan mendampingi tuannya di dalam syurga" (riwayat Thabarani)

- Sumber NUR Nov 2002 -