Jumaat, 13 Julai 2012

Keangkuhan dan Kesombongan

...antara musuh utama yang mesti dibuang langsung daripada kamus hidup manusia.

Firman Allah: "Allah tidak suka orang yang angkuh dan sombong." (al-Hadid:23)

Malah dalam apa jua tindak-tanduk baik ketika bercakap, berpakaian dan berkelakuan, hapuskan niat unruk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang memakai pakaian untuk menagih kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari kiamat." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaie dan Ibnu Majah)

- Sumber NUR Nov 2002 -