Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman :
"Apabila telah Aku berikan musibah kepada salah seorang hambaKu pada badannya, hartanya atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku berasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya."
(Hadis riwayat Dailami, Al Hakim dan Tarmizi)
Imam Ghazali menjelaskan bahawa sabar bermakna kukuhnya pendirian dan dorongan agama ketika berhadapan dengan dugaan dan dorongan hawa nafsu. Dorongan agama ialah hidayah Allah kepada manusia untuk mengenaliNya, rasulNya serta untuk mengetahui dan mengamalkan ajaranNya serta akibatnya. Sabar adalah sifat yang membezakan antara manusia dan haiwan dalam soal menundukkan hawa nafsu. Dorongan hawa nafsu adalah tuntutan syahwat dan keinginan yang meminta dilaksanakan.