Jumaat, 18 Mei 2012

Kewajipan Berlaku Adil Dan Jujur

Manusia dikurniakan akal dan fikiran bagi membezakannya dengan haiwan. Sebagai khalifah di muka bumi setiap daripada kita mempunyai hak yang sama dan usaha mempertahankan hak tersebut haruslah sama rata ataupun berlaku adil. Undang-undang Islam atau syariah merupakan rujukan yang sempurna untuk keadilan semua kerana Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab suci.

"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Surah Al-Maidah : ayat 8)