Jumaat, 25 Mei 2012

Dugaan Ujian Kesabaran Dan Ketakwaan

Allah SWT Maha mengetahui apa yang dilakukanNya terhadap hambaNya. Kita harus reda dengan segala dugaan yang diberikan. Kecekalan hati menghadapi dugaan banyak membantu kita meneruskan kehidupan. Sebagaimana yang difirmankanNya:

"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka secara bersembunyi atau berterang-terangan dan mereka pula menolak kajahatan dengan cara yang baik mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat"
(Surah Ar-Rad : Ayat 22)