Umat Islam digalakkan memenuhi undangan
rakan atau saudara ke jamuan yang diadakan
oleh mereka, selagi jamuan tersebut diadakan
tanpa melanggar syariat. Hal ini diharap dapat
mengeratkan lagi silaturrahim dan berkenal-
kenalan antara satu sama lain.
Seorang sahabat, Ibnu Umar berkata,
Rasulullah bersabda, "Apabila kamu
diundang ke suatu jamuan makan,
hendaklah kamu penuhi undangan
tersebut."
Dalam satu hadis lain, Abdullah bin
Umar berkata, dia mendengar Rasulullah
bersabda, "Penuhilah suatu undangan
apabila kamu memang diundang
menghadirinya."
Dalam hal ini, seorang lagi sahabat, Nafi' berkata bahawa Abdullah bin Umar memang selalu memenuhi setiap undangan, sama ada undangan pesta perkahwinan atau lain-lain, bahkan ketika dia sedang berpuasa sekalipun dia tetap meluangkan masa memenuhi undangan tersebut.
(Riwayat Muslim)
- Sumber dari NUR Disember 2002 -