1. Gaya Bicara Positif
Untuk menjadi individu berkeyakinan, gunakan perkataan yang baik tentang diri sendiri.
2. Berani Bertanggungjawab
Anda harus berani menerima kenyataan dan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Keberanian menjadikan anda lebih yakin untuk berhadapan dengan perkara yang lebih besar.
3. Seorang Yang Dinamik
Orang ini biasanya memiliki kemahiran mengungkapkan perasaan dengan tegas dengan cara yang ramah dan lemah lembut.
4. Bicara Dengan Optimis
Elakkan daripada menggunakan kata-kata dan suara yang tidak perlu seperti e..e, ceh, amboi-amboi! Apabila diminta membuat keputusan, buatlah berdasarkan fakta bukan perasaan semata-mata. Jika anda sedang bercakap dengan orang bawahan tumpukan kepada apa yang diperkatakannya.
5. Kembangkan Pengetahuan
Pengetahuan yang luas membolehkan anda tampil lebih wibawa dan percaya diri sendiri. Anda juga digalakkan mencari alernatif-alternatif penyelesaian untuk pelbagai permasalahan. Membuat keputusan berdasarkan fakta lebih membantu dalam mewujudkan keyakinan diri untuk tampil lebih positif. Dapatkan informasi tentang hal-hal yang sedang berlaku samada melalui televisyen, akhbar, majalah, mahupun internet.
6. Sedia Terima Perubahan
Bersikap fleksibel dan positif terhadap pelbagai perubahan. Tunjukkanlah sikap terbuka dengan perubahan yang berlaku dalam syarikat atau jabatan. Anggap perubahan yang ada dengan sikap optimis.
- Sumber dari NUR Pengenalan -