Jumaat, 27 April 2012

Pahala Bagi Setiap Niat Baik

Allah SWT menjanjikan pahala besar buat hambaNya yang mempunyai niat baik dalam setiap aktiviti hariannya. Tidak kira samada dia berniat baik untuk kebaikan dirinya ataupun orang sekelilingnya. Bagi muslimah sungguhpun dia hanya berniat dan berazam untuk menjadi muslimah yang solehah atau ingin menjaga kesihatan diri atau mengambil makanan yang baik untuk dirinya setiap satu akan diberi ganjaran.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah bersabda :
Allah berfirman : "Apabila hamkaKu bermaksud hendak mengerjakan sesuatu kesalahan, jangan kamu tuliskan sebelum dikerjakannya dan kalau dikerjakannya tuliskanlah sebanyak kesalahannya. Tetapi kalau tidak jadi dikerjakannya kerana mengingati Aku, tuliskanlah untuk orang itu satu kebaikan. Kalau dia bermaksud hendak melakukan kebaikan, dan belum dikerjakannya, tuliskanlah untuk orang itu satu kebaikan. Tetapi jika sampai dikerjakannya, tulskanlah pahalanya sepuluh kali ganda, sampai tujuh ratus kali."
(Hadis riwayat Bukhari)

Hadis ini jelas membayangkan bahawa Allah Maha pemurah dan penyayang. Tidak kira apa yang akan dilakukan oleh hambaNya Dia tetap mahukan yang terbaik untuk mereka.